Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Pernikahan Rizky Febian Dan Mahalini Tidak Sah, Gagal Penuhi Rukun Ijab Kabul

Perkahwinan pasangan selebriti, Rizky Febian dan Mahalini disytihar tidak sah kerana gagal memenuhi salah satu rukun nikah.

Menurut laporan Suara.com, perkara itu telah diputuskan oleh Mahkamah Agama Jakarta Selatan, pada Isnin.

Foto: Instagram @rizkyfbian

Menurut jurucakap mahkamah H. Suryana, panel hakim memaklumkan wali yang menikahkan pasangan itu bukan wali yang sah di sisi undang-undang negara dan agama.

“Mahalini seorang mualaf tetapi ibu dan bapanya bukan Islam. Jadi ini bermakna wali yang sah bukan bapanya, ia dikira bukan penjaga yang mempunyai hak,” katanya.

Difahamkan, status sah perkahwinan pasangan itu diketahui selepas mereka membuat permohonan pengesahan di mahkamah.

Berdasarkan laporan, majlis hakim mendapati pihak Mahalini telah melantik seorang ustaz sebagai wali hakim sewaktu majlis perkahwinan pasangan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Foto: Youtube Rasis Newstainment
Bagaimanapun, proses menjadikan individu terbabit sebagai wali hakim tidak sah di sisi undang-undang negara itu.

Perkara ini sudah tentunya memberi kesan besar terhadap kedua-dua pihak baik undang-undang mahupun sosial.

Sehubungan itu, H. Suryana menegaskan keputusan yang dikeluarkan oleh mahkamah adalah mengikut prosedur undang-undang.

“Semua keputusan adalah berdasarkan fakta perbicaraan dan peraturan undang-undang sedia ada,” katanya lagi.
Foto: Instagram @rizkyfbian

Dalam pada itu, untuk mengkitiraf semula perkahwinan Rizky dan Mahalini, pasangan itu perlu membuat rayuan atau menyusun semula proses perkahwinan di sisi undang-undang.

Pasangan tersebut telah dipanggil untuk mendaftarkan pernikahan mereka di Kantor Urusan Agama (KUA). Proses ini bagi mendapatkan buku nikah dan pernikahan itu perlu sah dari segi agama dan negara.
Difahamkan, kedua-duanya baru menghantar permohonan pengesahan pernikahan mereka pada 10 Oktober lalu.

Rizky atau nama penuhnya Rizky Febian Adriansyah Sutisna, 26, dan Mahalini Ayu Raharja, 24, telah melangsungkan majlis perkahwinan di Hotel Raffles, Jakarta Selatan, Indonesia pada 10 Mei lalu.

Sumber: Youtube (Rasis Newstainment), Suara.com (Sumarni, Adiyoga Priyambodo)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Isu tuntutan terhadap Sabah kembali menjadi perhatian apabila seorang senator Filipina menggesa Presidennya untuk menghidupkan semula tuntutan ke atas wilayah tersebut yang didakwa kaya...

Sosial

Perkongsian seorang anggota polis mengenai gelagat sekumpulan kanak-kanak yang datang beraya dipercayai di Balai Polis Pangkor, Perak mencuri perhatian ramai di media sosial. Menerusi...

Lokal

Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah di Jalan Raya Barat di sini...

Dunia

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mendakwa beliau pernah ‘ditawarkan’ untuk menjadi Pemimpin Tertinggi Iran, namun menolak cadangan tersebut dengan berkata, ‘tidak, terima kasih’....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd