Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tidak Membebankan, Perlis Mahu Laksana Caj RM2 Masuk Ke Thailand

Perlis Mahu Laksana Caj RM2 Masuk Ke Thailand

Perlis mencadangkan pelaksanaan caj khas RM2 kepada setiap pelancong yang keluar ke Thailand melalui pintu sempadan Padang Besar dan Wang Kelian sebagai langkah baharu untuk menjana pendapatan negeri.

Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli berkata, cadangan itu telah dikemukakan kepada Kerajaan Pusat sejak tahun lalu namun masih menunggu pertimbangan dan kelulusan Jemaah Menteri.

“Setiap pelancong keluar ke Thailand melalui sempadan negeri ini bayar caj khas RM2 dan hasilnya dikembalikan kepada negeri.
“Caj tidak membebankan kerana jumlahnya kecil malah ia selari dengan amalan Singapura yang telah lama mengenakan caj khas kepada pelancong,” katanya.

Perlis Mahu Laksana Caj RM2 Masuk Ke Thailand

Menurut beliau, jumlah pelancong yang keluar melalui sempadan Perlis sangat tinggi, terutama pada musim cuti sekolah, cuti peristiwa dan hujung minggu, yang boleh mencecah antara 30,000 hingga 50,000 orang sehari.

Rekod imigresen turut merekodkan antara 100,000 hingga 200,000 rakyat Malaysia memasuki Thailand melalui sempadan Perlis setiap bulan dengan anggaran lebih RM4 bilion setahun mengalir ke negara jiran itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Malaysia perlu mengambil manfaat daripada angka ini,” katanya.

Artikel lain: Rakyat Malaysia Dinasihat Elak Berkunjung Sempadan Thailand-Kemboja

Mohd. Shukri menjelaskan cadangan caj tersebut hanya melibatkan pintu masuk darat, manakala permintaan Thailand untuk membuka semula laluan laut ke Satun masih tertakluk kepada keputusan Kerajaan Pusat.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pelancongan dan Perdagangan Halal Thailand-Asia Tenggara, Aida Oujeh berkata, trend rakyat Malaysia melancong ke Thailand melonjak pada musim cuti panjang.

Katanya, dalam tempoh tiga hari sempena cuti hujung minggu dan sambutan Hari Kebangsaan baru-baru ini, sebanyak 75,000 rakyat Malaysia direkodkan memasuki Thailand.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sekiranya seorang belanja RM400, ia menjana hasil kepada Thailand sehingga RM30 juta dalam tempoh hanya tiga hari,” ujarnya.

Sumber: Utusan Online

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Dugaan besar apabila anaknya didakwa dalam kes bunuh menjadi titik perubahan besar dalam hidup seorang wanita sehingga mendorongnya mengubah haluan daripada seorang suri rumah...

Spotlight

Aktor Indonesia, Jefri Nichol mencuri perhatian apabila meluahkan rasa pelik selepas hantaran media sosialnya dibanjiri komen dalam dialek Kelantan daripada netizen Malaysia. Tak faham...

Sosial

Seorang lelaki berkongsi pengalaman mengejutkan apabila mendakwa dirinya menjadi mangsa intipan oleh individu tidak dikenali ketika menggunakan tandas di sebuah stesen minyak di Sungai...

Dunia

Keengganan Singapura untuk terlibat dalam rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat melalui Selat Hormuz disifatkan sebagai sesuatu yang amat dikesali oleh pemimpin pembangkang dan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd