Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Penguat Kuasa Cedera Dikasari Lelaki Ketika Keluarkan Kompaun

Seorang lelaki ditahan pihak berkuasa susulan tindakannya mengasari seorang penguat kuasa yang sedang menjalankan tugas mengeluarkan kompaun atas kesalahan parkir di  Jalan Flora, Taman Flora.

Halang dari keluarkan kompaun

Memetik laporan dari Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah memaklumkan yang pihaknya menerima aduan daripada penguat kuasa Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) sekitar jam 3.50 petang pada Rabu.

“Kejadian itu berlaku pada jam 11 pagi semasa penguat kuasa berkenaan sedang mengambil tindakan kompaun atas kesalahan tidak memiliki kupon parkir semasa meletak kenderaan.
“Lelaki berusia 33 tahun itu kemudian menghalang dan menyerang pihak MPBP itu daripada mengeluarkan kompaun,” katanya.

penguat kuasa

Penguat kuasa ditolak jatuh

Menerusi video yang tular di media sosial, penguat kuasa berkenaan telah ditolak jatuh atas motosikalnya sebelum pertengkaran tersebut dileraikan orang awam yang kebetulan berada di kawasan tersebut.

Susulan daripada itu, kedua-dua pihak telah mengalami kecederaan ringan dan mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI).

Advertisement. Scroll to continue reading.

penguat kuasa

Artikel lain: Mengaku Salah Langgar Anggota JPJ, Penunggang Motosikal Didenda RM5,000

Dalam pada itu, Ismail menyatakan yang kes disiasat di bawah 186 dan 153 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas serta menggunakan kekerasan terhadap penjawat awam.

“Jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya,” katanya.

Sumber: Sinar Harian (Zulhisham Isahak)

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Proses tatatertib terhadap seorang penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang menyentuh isu agama, kaum dan institusi diraja (3R) telah selesai baru-baru ini....

Lokal

Sepasang kekasih yang tular dalam sebuah video kerana didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh dalam keadaan berbogel di tanah perkuburan di Georgetown, Pulau Pinang direman...

Lokal

Mahkamah Sesyen di sini memerintahkan Datuk Bandar Kuala Lumpur membayar ganti rugi berjumlah RM824,180 kepada sepasang suami isteri selepas anak lelaki mereka maut dihempap...

Sosial

Tindakan seorang remaja lelaki yang setia menjaga kedua ibu bapanya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) menyentuh hati ramai selepas kisah mereka dikongsikan oleh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd