Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Penganjur Konsert Loy Kratong Di Kelantan Langgar Syarat, Bakal Didenda RM10,000

Kerajaan Kelantan akan mengenakan denda melebihi RM10,000 berikutan pelanggaran syarat oleh pihak penganjur konsert sempena Pesta Loy Kratong di Bachok, Jumaat lepas.

Ada permit namun gagal patuhi peraturan

Memetik laporan dari Bernama, Pengerusi Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Hilmi Abdullah berkata konsert berkenaan tidak melanggar Enakmen Kawalan Hiburan Kelantan kerana ia mempunyai permit untuk penganjuran, namun gagal mematuhi sebahagian peraturan ditetapkan.

Konsert Loy Kratong diadakan secara tertutup, tapi ada orang Islam datang

Pihak penganjur memohon permit untuk acara berkenaan pada 25 Jun dan permit hanya diluluskan pada 20 Sept selepas kita menjelaskan syarat dan peraturan yang perlu dipatuhi termasuk lokasi penganjuran tertutup serta hanya dihadiri penganut agama mereka sahaja.

“Bagaimanapun pihak penganjur gagal mematuhi sebahagian peraturan ditetapkan dan antara kesalahan dikenal pasti adalah menampilkan penyanyi dari Thailand yang tidak mematuhi etika pemakaian selain membenarkan pengunjung beragama Islam ke konsert berkenaan,” katanya.

Anggota RELA bertugas di Konsert Loy Kratong akui gagal kawal keadaan

Beliau mengulas kenyataan Ketua Wanita PKR Kelantan Nor Azmiza Mamat yang menuntut kerajaan negeri menyiasat satu konsert memaparkan kumpulan penyanyi wanita dari Thailand yang berpakaian mencolok mata didakwa dianjurkan di Kampung Balai, Bachok, Jumaat lepas.
Beliau berkata susulan video berkenaan, pihaknya sudah melakukan siasatan dan proses pendengaran semalam yang dihadiri beberapa pihak termasuk wakil Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam, pihak polis, pejabat agama dan penganjur.
“Pihak penganjur di Bachok mengakui seorang anggota Rela yang diupah di konsert berkenaan, gagal mengawal keadaan sehingga acara itu turut dikunjungi pengunjung beragama Islam.
“Sedangkan poster berhubung acara berkenaan sudah dibuat dalam bahasa Thailand dan konsert keagamaan yang diadakan secara tahunan itu hanya untuk penganut beragama Buddha,” katanya.

Konsert tersebut berlangsung pada 24 November lalu dan merupakan salah satu acara kebudayaan masyarakat Siam yang diadakan saban tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Konsert Coldplay Perlu Dibatalkan, Hormat Sensitiviti Isu Palestin! – MUIS

Sumber: Bernama

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Abdul Rahman Amir Ruddin, 21, atau Aman, anak sulung pasangan yang terkorban dalam tragedi kemalangan maut meragut enam nyawa di Kilometer 5, Jalan Segamat–Kuantan...

Sosial

Doktor dan pempengaruh media sosial, Dr. Malar Santhi Santherasegapan tampil memohon maaf secara terbuka susulan kontroversi kenyataannya yang didakwa merendahkan individu berkelulusan Sijil Pelajaran...

Lokal

Penemuan seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di belakang sebuah rumah di Kampung Alor Lintang, Kampung Raja pada Ahad lalu membawa kepada pendedahan kes sumbang...

Sosial

Tular di media sosial satu insiden melibatkan seorang kanak-kanak perempuan bertongkat yang dilihat berdiri di dalam tren Rapid KL tanpa dipelawa duduk oleh penumpang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd