Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Pemimpin BERSATU Nafi Tuduhan Langgar Etika Semasa Pemilihan Parti

Seorang pemimpin BERSATU nafi tuduhan ‘surat layang’ yang mendakwa pemilihan parti itu yang berakhir minggu ini langgar etika, termasuk pemilihan membabitkan Setiausaha Agung, Hamzah Zainudin.

Memetik laporan Free Malaysia Today, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, Mohd Yazid Mohd Yunus menyifatkan surat layang yang disebarkan sejak semalam itu hanya dakyah musuh.

Pemimpin BERSATU nafi tuduhan langgar etika semasa pemilihan

Menurut Mohd Yazid, surat layang itu hanya ditularkan untuk memberi persepsi negatif terhadap parti itu yang mengetuai Perikatan Nasional (PN) itu.

Dalam pada itu, Mohd Yazid turut menegaskan ahli BERSATU matang dalam membuat penilaian terhadap calon yang akan menawarkan khidmat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau turut menegaskan ahli BERSATU akan terus menyokong Muhyiddin Yassin selaku presiden dan Hamzah sebagai bakal timbalan presiden.

Mohd Yazid turut menafikan terdapat kewujudan kartel di dalam parti itu susulan kelemahan Muhyiddin mengawal Hamzah.

Surat layang itu mendakwa Hamzah dan kumpulannya dilihat menguasai kempen serta memanipulasi keputusan pemilihan yang mengakibatkan ketidakstabilan dan ketidaktelusan dalam proses pemilihan BERSATU.

Pelanggaran etika lain turut membabitkan penganjuran kempen solidariti dianjurkan ‘kem Hamzah’ yang didakwa melobi calon pilihan serta menyebarkan fitnah terhadap individu lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Dipilih Sebagai MPT, Wan Ahmad Fayhsal Ucap Terima Kasih Kepada Jentera & Perwakilan

Pada masa yang sama, surat itu turut mengkritik Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) yang didakwa lemah mengakibatkan manipulasi dan salah guna kuasa sehingga ramai meragui keptuusan yang telah diumumkan.

Sekadar info, pemilihan BESATU untuk penggal 2024-2027, Muhyiddin dan Hamzah menang tanpa bertanding manakala ‘trio pelan kompromi’ iaitu Ahli Parlimen (MP) Putrajaya Ridzi Jidin, MP Beluran, Ronald Kiandee serta bekas menteri besar Perak Ahmad Faizal Azumu menguasai kerusi naib presiden.

Sementara itu, beberapa nama besar tersenarai sebagai ahli MPT antaranya MP Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, MP Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan, MP Indera Mahkota Saifuddin Abdullah dan MP Hulu Terengganu Rosol Wahid.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Free Malaysia Today (Faiz Zainudin)

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Sosial

Kisah kematian seorang gadis berusia 22 tahun akibat barah tulang di Hospital Sibu kini mencetuskan gelombang emosi dalam kalangan masyarakat. Ia selepas pendedahan mengejutkan...

Dunia

Tiga kampung di Kabupaten Nunukan, Kalimantan Utara, kini termasuk dalam wilayah Malaysia susulan peralihan garisan sempadan antara kedua-dua negara, lapor Kompas. Perkara itu dimaklumkan...

Lokal

Atlet Olimpik, Noraseela Khalid dilapor memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap  Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan kerajaan Selangor berhubung penguatkuasaan larangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd