Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Hina Polis: Anggota Diambil Keterangan, Pemain Bola Sudah Pulang Ke Negara Jiran

Polis telah merekodkan keterangan anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang terbabit dalam video tular mendakwa seorang pemain bola sepak dari negara jiran diminta wang ketika pemeriksaan dijalankan.

Pemain bola yang membuat dakwaan sudah pulang ke negara asal

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, anggota terbabit turut membuat laporan polis pada 7 November lalu berhubung kejadian berkenaan.

“Anggota itu sudah diambil keterangan dan individu yang membuat dakwaan juga sudah pulang ke negara asalnya,” katanya.

pemain bola

Terdahulu, media melaporkan polis menjalankan siasatan terhadap video tular membabitkan pemain bola sepak kelab ternama Indonesia yang menuduh anggota polis meminta wang ketika pemeriksaan dilakukan ke atasnya.

Menurut Wan Azlan, kejadian itu berlaku ketika anggota URB sedang menjalankan rondaan sebelum menahan sebuah kereta yang didakwa dipandu melawan arus.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: PDRM Siasat Pemain Bola Sepak Indonesia Hina Anggota Semasa Pemeriksaan

Siasatan kini sedang dijalankan selepas video berkenaan menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial.

Sebelum ini, tindakan pemain terbabit yang dikatakan memburukkan imej polis Malaysia mencetuskan kemarahan netizen yang menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas terhadapnya.

Video berdurasi pendek itu memaparkan pemain berkenaan bersama beberapa individu dalam sebuah kereta yang ditahan untuk pemeriksaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

pemain bola

Mereka dilaporkan gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri serta pasport, sebelum diminta mengemukakan kad pengenalan negara asal bagi tujuan semakan lanjut.

Menerusi rakaman sama, pemain itu mendakwa anggota polis meminta wang dan hanya bersikap baik selepas mengetahui salah seorang penumpang adalah anggota tentera.

Dakwaan itu kini dalam siasatan pihak berkuasa.

Sumber: Harian Metro (Noor Hidayah Tanzizi)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Bekas banduan yang menempuh perjalanan hidup luar biasa menerima perkenan untuk menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam satu pertemuan hampir sejam pada...

Lokal

Tiga kanak-kanak ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam kolam kumbahan berhampiran Flat Sibu Jaya di sini pada Rabu. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan...

Bisnes

Proton Holdings Bhd (PROTON) secara rasmi melancarkan model hibrid plug-in pertamanya, Proton e.MAS 7 PHEV, sekali gus menandakan langkah strategik jenama nasional itu dalam...

Lokal

Penceramah bebas yang pernah terpalit kontroversi, Ustaz Faridul Firdaus Zaulkapli dijatuhi hukuman penjara 10 hari oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak pada Rabu selepas didapati...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd