Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Dari Kilang Ke Kampus! Pelajar Yatim Piatu Ditaja Dermawan Sampai Habis Belajar Di UUM

Seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai hamba Allah dari Negeri Sembilan tampil menghulurkan bantuan penuh keikhlasan dengan menanggung yuran pengajian pelajar yatim piatu, Nur Arissa binti Abdul Rahman sepanjang tempoh pengajiannya di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok.

Pelajar yatim piatu ditaja dermawan

Menurut satu kenyataan UUM, beberapa lagi individu prihatin turut menyumbang sebagai dana permulaan untuk meringankan beban kewangan pelajar berusia 20 tahun itu.

yatim piatu

Foto: FB UUM

Sumbangan tersebut difasilitasi oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEPA) UUM yang sentiasa memberi perhatian terhadap kebajikan pelajar.

UUM berkata, di sebalik pencapaian akademik mahasiswa, terdapat kisah perjuangan getir yang jarang diketahui umum dimana universiti itu sendiri tidak pernah sunyi daripada kisah sebegini memandangkan hampir 70 peratus pelajarnya datang daripada keluarga B40.

“Arissa bukanlah gadis biasa. Pada usia sembilan tahun, dia kehilangan ibu tersayang, Salmah Harun akibat kanser ovari. Tatkala luka itu masih terasa, takdir meragut pula bapa tirinya, Ramli Sulaiman, ketika dia berusia 17 tahun.
“Sejak itu, Arissa yang berasal dari Kuala Krai, Kelantan dan kakaknya hidup sebatang kara sebagai anak yatim piatu,” tulis UUM di laman Facebook hari ini.

Kongsi UUM lagi, bagi menanggung diri dan membantu kakaknya yang sudah berkeluarga, Arissa pernah bekerja di sebuah kilang di Klebang, Ipoh sebagai pemeriksa cip selepas tamat STPM.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: 3 Tahun Hidup Sendiri, Remaja Yatim Piatu Dapat Tawaran Belajar Ke UPSI

Hasil titik peluh selama hampir enam bulan itu digunakan untuk menabung bagi membiayai yuran universiti.

“Alhamdulillah, environment kerja okay. Saya kerja sebab nak sambung belajar. Itu saja niat saya,” kata Arissa.

Hasil keprihatinan bekas gurunya, Cikgu Rahimah dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Yahya Petra 2, kisah Arissa sampai ke pengetahuan pihak universiti pada 24 September lalu, sehari sebelum tarikh pendaftaran pelajar baharu UUM.

yatim piatu

Foto: FB UUM

Tindakan pantas Bahagian Perkhidmatan dan Sokongan Pelajar (SSSD), gadis itu akhirnya berjaya mendaftar di UUM pada 27 September lalu selepas dijemput sendiri oleh Pengetua Inasis Proton, Dr. Mohd Abidzar Zainol Abidin dari Klebang ke Sintok.

yatim piatu

Foto: FB UUM

Tidak lama selepas itu, seorang dermawan tampil menaja keseluruhan pengajiannya dalam Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian di UUM tetapi bagi Arissa, bantuan itu bukan sekadar sokongan kewangan malah bukti bahawa Allah SWT tidak pernah membiarkan hamba-Nya berjuang sendirian.

“Kalau UUM izinkan, saya nak masuk bulan ini juga. Saya tak nak tunggu lagi,” katanya dalam nada penuh harapan.

Air mata yang sebelum ini sering gugur kerana duka kini bertukar menjadi air mata syukur, tatkala perjalanan baharunya sebagai pelajar universiti bermula dengan doa, semangat, dan keyakinan bahawa masa depan masih cerah untuk digapai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook UUM

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Ammar Nazhan, tampil membuat penjelasan susulan wujudnya beberapa perbualan dan hantaran di media sosial yang mengaitkan namanya serta Team Ammar Nazhan...

Sosial

Netizen mendakwa pemandu Perodua Myvi yang dipercayai mengalami ‘microsleep’ masih mampu melemparkan senyuman selepas kemalangan membabitkan enam kenderaan sehingga seorang penunggang motosikal maut di...

Dunia

Putera Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen mengumumkan khabar gembira apabila baginda dan isteri, Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam selamat menimang cahaya...

Lokal

Kepekaan dan tindakan pantas tiga kakitangan Tabung Haji (TH) cawangan Kuala Berang berjaya menyelamatkan seorang warga emas daripada kerugian RM250,000 selepas dipercayai menjadi mangsa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd