Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

PDRM Sahkan Tiada Penglibatan SPRM Dalam Kes Mafia Korporat – Azam Baki

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Azam Baki, memaklumkan bahawa siasatan berhubung dakwaan ‘mafia korporat’ yang turut mengaitkan namanya telah diserahkan sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Tiada penglibatan SPRM

Memetik laporan Berita Harian, menurut beliau, tiada keperluan untuk memberi sebarang komen lanjut berhubung perkara itu, apatah lagi PDRM sendiri telah mengesahkan bahawa siasatan berkenaan tidak melibatkan mana-mana pegawai atau kepimpinan tertinggi SPRM.

“Saya tidak ingin mengulas mengenai perkara itu (mafia korporat dikaitkan dengannya) kerana kami menyerahkan sepenuhnya kepada PDRM dan tidak mahu mengganggu siasatan yang sedang berjalan.
“PDRM sendiri sudah mengeluarkan kenyataan menyatakan perkara ini tiada kaitan dengan SPRM. Itu sahaja. Saya tidak ingin mengulas lebih daripada itu,” katanya, hari ini.

Artikel lain: Kes Mafia Korporat: Polis Rampas Kereta Mewah, Jam Eksklusif Dan Wang Tunai

Terdahulu, media melaporkan bahawa siasatan PDRM terhadap kes ‘mafia korporat’ yang melibatkan ahli perniagaan, Victor Chin Boon Loong, mendapati tiada penglibatan pegawai SPRM.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam perkembangan sama, Unit Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman telah memanggil seramai 41 individu untuk dirakam keterangan sejak Oktober lalu, namun tiada seorang pun daripada pegawai atau kepimpinan kanan SPRM dipanggil.

Perkara itu turut disahkan Ketua Pasukan AMLA PDRM, Datuk Fazlisyam Abdul Majid, yang menjelaskan bahawa tiada pegawai SPRM terlibat dalam proses memberi keterangan setakat ini. Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut memandangkan siasatan masih berjalan.

Sumber: Berita Harian (Mohd Iskandar Ibrahim dan Ilah Hafiz Aziz)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tindakan seorang remaja lelaki yang setia menjaga kedua ibu bapanya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) menyentuh hati ramai selepas kisah mereka dikongsikan oleh...

Sosial

Seorang wanita dikecam netizen di media sosial susulam membuat siaran langsung di platform TikTok sambil menunjukkan tingkah laku berahi. Buat aksi tidak senonoh dalam...

Dunia

Isu tuntutan terhadap Sabah kembali menjadi perhatian apabila seorang senator Filipina menggesa Presidennya untuk menghidupkan semula tuntutan ke atas wilayah tersebut yang didakwa kaya...

Nasional

Malaysia menyambut baik keputusan Iran yang membenarkan kapal minyak negara melalui Selat Hormuz, sekali gus memastikan perjalanan pulang pekerja terlibat dapat diteruskan dengan lancar....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd