Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Pan-gon Yakin Harimau Malaya Mampu ‘Belasah’ Taiwan Malam Esok

Jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan, Kim Pan-Gon percaya dan yakin  anak buahnya mampu menundukkan pasukan Taiwan pada aksi terakhir Kumpulan D pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 yang dijadualkan berlangsung pada malam esok.

Menurut satu laporan Harian Metro, Pan-gon dilaporkan tidak goyah terhadap tekanan daripada jurulatih Taiwan, Gary White yang tidak memberi laluan mudah untuk anak-anak buahnya mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 selain meraih tiket awal ke Piala Asia 2027.

Foto: FB FAM

“Sudah pasti semua jurulatih datang ke sini untuk menang, ia normal. Mereka tak boleh kata datang ke sini untuk seri atau kalah. Namun, realitinya mereka berdepan tugas sukar.
“Siapa sahaja datang ke sini (SNBJ) tidak mudah,” katanya.

Pan-gon berkata, mana-mana pasukan yang menentang Harimau Malaya akan berdepan tugas sukar terutama terpaksa berdepan dengan penyokong atau pemain ke-12 Harimau Malaya, sekali gus meminta penyokong membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bagi membantu skuad negara menjayakan misi besar membelasah Taiwan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: FB FAM

“Pasukan lawan berdepan kesukaran di Bukit Jalil kerana kami ada penyokong, Ultras Malaya dan suasana yang hebat di sini.
“Aksi di tempat sendiri, kami ada keputusan yang bagus terutama apabila lawan pasukan ranking lebih bawah, selain kami dapat kadar jaringan yang bagus,” ujar beliau.

Sementara itu, bekas pemain Liga K 1 itu juga memaklumkan bahawa pasukannya hanya memberi fokus untuk menundukkan Taiwan terlebih dahulu selain berharap Oman mampu mengalahkan Kyrgyzstan.

“Kami perlu menang dahulu (menentang Taiwan) dan jaringkan banyak gol, selepas itu baru kita lihat keputusan aksi Oman dan Kyrgyztsan.

Foto: FB FAM

“Saya percaya Oman pasukan lebih baik dari Kyrgyzstan, jadi mereka boleh menang di tempat sendiri,” tambahnya lagi.

Untuk makluman, Harimau Malaya perlu mengatasi Taiwan dengan sekurang-kurangnya lapan gol untuk mara ke pusingan seterusnya disamping mengharapkan Oman mampu untuk menewaskan Kyrgyzstan di Muscat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Syazwan Msar)

Written By Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif menafikan dakwaan kononnya anaknya terbabit dalam kes kematian pelajar sekolah agama di...

Sosial

Pempengaruh media sosial, Choo Hao Ren tampil memohon maaf selepas videonya merakam dan bergurau ketika lagu Negaraku dimainkan dalam sebuah acara tular di media...

Sosial

Tular sebuah video memaparkan seorang bayi lelaki selamat dilahirkan di tepi jalan berhampiran Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang, dipercayai pada Ahad dalam keadaan hujan...

Filem

Baru-baru ini tular di media sosial filem animasi Merah Putih dari negara jiran, Indonesia menerima kecaman apabila kualiti visualnya kurang memuaskan tidak setanding dengan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd