Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

OD Esports Dinobat Juara Mobile Legends Sempena HPPNK 2025

Pasukan OD Esports dari Papar berjaya mengungguli pentas kejohanan e-sukan Mobile Legends NAFAS-NEKMAT sempena sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2025 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu pada Ahad.

OD Esports dinobat juara!

Bersaing sejak Jumaat lalu, OD Esports menewaskan 42 pasukan lain untuk meraih gelaran juara, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM4,000 bersama piala dan sijil penyertaan.

OD Esports

Tempat kedua milik Sonic The Hedgehog dari Kota Kinabalu dengan hadiah RM2,000, manakala tempat ketiga dan keempat masing-masing dimenangi Stark Origin (RM1,000) dan Sonic Esports X (RM600). Semua pemenang turut menerima trofi dan sijil penghargaan.

Artikel lain: MESF Kecam Tindakan Pemain Esport Luar Negara, Gesa Mohon Maaf Hina Jalur Gemilang

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hadiah kejohanan disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Mahfuz Omar serta Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Muhammad Faiz Fadzil.

OD Esports

Turut hadir, Pengurus Besar NAFAS Muhammad Faris Arriffin dan Pengurus Besar NEKMAT Azrin Shah Ismail.

Bagi pemain OD Esports, Adrian Adlie Ku, 21, dari Tenom, kejohanan ini bukan sahaja medan persaingan, malah ruang untuk bertukar pengalaman dan memperkukuh bakat dalam arena e-sukan.

Pengurus pasukan Sonic The Hedgehog, Daniel France, 32, pula berharap penganjuran seperti ini diteruskan kerana berpotensi menggilap bakat muda Sabah dalam sukan digital.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Majlis penutup turut menyaksikan 11 peserta membawa pulang hadiah cabutan bertuah termasuk skuter elektrik, wafer emas dan jam tangan, dengan hadiah utama berupa sebuah motosikal dimenangi Wan Mohd Salleh Mahrawi.

Ini merupakan edisi kedua kejohanan e-sukan HPPNK selepas penganjuran sulung di Ipoh, Perak, pada 2023.

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Di sebalik gemerlap dunia media sosial, setiap penceritaan ada hikmahnya. Begitulah yang dapat dilihat melalui insiden melibatkan Kak Nab, seorang pempengaruh TikTok yang juga...

Sosial

Pempengaruh dan usahawan, Prince Syed meluahkan penghargaan terhadap ibunya yang disifatkan sebagai seorang wanita berjiwa besar, penyabar dan sentiasa membawa aura positif dalam institusi...

Sosial

Berita pertunangan Chazynash menarik perhatian ramai semalam apabila beliau berkongsi momen penting itu di media sosial. Majlis berlangsung di sebuah restoran, dengan kapsyen penuh...

Sosial

Dalam sunyi pagi yang bermula dengan doa dan ditutup dengan kelegaan penuh syukur, sebuah perjalanan panjang akhirnya menemui noktah yang bermakna. Kecekalan, disiplin serta...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd