Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Niat Melancong Bertukar Tragedi, Dua Pemuda Malaysia ‘Dilenyek’ Zirafah

Kegembiraan empat pelancong Malaysia bercuti di Bangkok bertukar tragedi apabila dua daripada mereka telah dirempuh dan ‘dilenyek’ oleh sekumpulan zirafah semasa membuat lawatan ke Safari Kanchanaburi, Thailand baru-baru ini.

Menerusi satu perkongsian hantaran di Instagram, Zain Rosli atau mesra dipanggil Ojen berkata, lawatannya bersama tiga orang rakan iaitu Shafiq, Zuhairi dan Ash bertukar mimpi ngeri kerana ‘diserang’ sekumpulan zirafah.

Foto: IG @ojennaiwahhh_

“Ceritanya hari kedua dah bertukar ngeri, kami rancang nak ke Safari Kanchanaburi semata nak bergambar dengan zirafah dan zebra yang mana dekat Safari Kanchanaburi, Thailand saja ada.
“Tapi tak sangka, dua orang dari rakan melancong Ojen kena lenyek dengan zirafah, Zuhairi sempat elak tapi tersadung kaki. Malangnya Syafiq tak sempat dan dilenyek,” katanya.

Dia juga bersyukur kerana tidak dirempuh dan ‘dilenyek’ haiwan itu kerana sedang berada di atas kereta untuk mengambil gambar serta merekodkan video dua rakannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Tiba-tiba waktu Ojen tengah ralit bergambar, kumpulan zirafah itu macam ‘triggered’ dengan angin atau zebra menyebabkan diorang semua merempuh kawan-kawan yang ada di bawah,” jelasnya.

Foto: IG @ojennaiwahhh_

Advertisement. Scroll to continue reading.

Zain juga memberitahu bahawa safari itu tidak menyediakan sebarang peralatan bantuan kecemasan dan terpaksa menunggu selama 10 minit sebelum dikejarkan ke hospital swasta yang mengambil masa satu jam perjalanan.

Lelaki itu juga berkata pihak safari memaklumkan bahawa kejadian tersebut merupakan yang pertama berlaku sepanjang pembukaan safari berkenaan yang menyebabkan pihak pengurusannya tidak menyediakan sebarang alat bantuan kecemasan.

Zain juga berkongsikan beberapa tips keselamatan kepada pengikutnya, iaitu mengambil gambar tidak terlalu berdekatan dengan haiwan, berada di luar kawasan pagar dan juga membawa sendiri peralatan asas bantuan kecemasan sebagai persediaan sekiranya terjadi sesuatu yang tidak diingini.

Sumber: Instagram @ojennaiwahhh_

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah di Jalan Raya Barat di sini...

Dunia

Isu tuntutan terhadap Sabah kembali menjadi perhatian apabila seorang senator Filipina menggesa Presidennya untuk menghidupkan semula tuntutan ke atas wilayah tersebut yang didakwa kaya...

Sosial

Perkongsian seorang anggota polis mengenai gelagat sekumpulan kanak-kanak yang datang beraya dipercayai di Balai Polis Pangkor, Perak mencuri perhatian ramai di media sosial. Menerusi...

Dunia

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mendakwa beliau pernah ‘ditawarkan’ untuk menjadi Pemimpin Tertinggi Iran, namun menolak cadangan tersebut dengan berkata, ‘tidak, terima kasih’....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd