Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Najib Didakwa Terlibat Kontrak Kapal Selam Berjumlah AS$1.2 bilion – Bloomberg

Najib Didakwa terlibat kontrak kapal selam

Pendakwa Raya Kewangan Perancis dalam satu dokumen siasatan tahun lalu, mendakwa bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berjumpa bersama eksekutif syarikat pertahanan untuk menyediakan kontrak sebelum perjanjian pembelian kapal selam bernilai AS$1.2 bilion ditandatangani pada 2002.

Najib Didakwa terlibat kontrak kapal selam

Najib Didakwa terlibat kontrak kapal selam

Foto: Bloomberg

Menurut laporan Bloomberg, dokumen itu menjelaskan bahawa kontrak berkenaan dipercayai disediakan bagi memberi suapan kepada Najib dan beberapa pihak lain.

Sementara itu, dakwaan tersebut merupakan ringkasan daripada Pendakwa Raya Kewangan Perancis berkaitan kes melibatkan syarikat pertahanan Perancis, Thales SA dan DCN International (DCNI), iaitu entiti yang kini sebahagian daripada Naval Group, berlokasi di Paris.

Bukan itu sahaja, dokumen tersebut turut mendedahkan Parquet National Financier (PNF) mengesyorkan pendakwaan jenayah terhadap bekas penasihat Najib, Abdul Razak Baginda dan individu lain yang terbabit termasuk DCNI, Thales dan dua entiti lain milik Thales.

Menurut Bloomberg, majistret siasatan di Perancis akan memutuskan sama ada untuk melaksanakan satu perbicaraan atau menggugurkan dakwaan berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Biarpun keputusan untuk pendakwaan belum jelas, Najib dilaporkan masih belum menerima sebarang pertuduhan dan tiada bukti menunjukkan penerimaan suapan malah PNF juga tidak meminta agar beliau dibicarakan.

Najib Didakwa terlibat kontrak kapal selam

Foto: Bloomberg

Dalam pada itu, syarikat guaman mewakili Najib, Tetuan Shafee & Co dalam kenyataan media memberitahu, artikel Bloomberg itu tidak mencetuskan isu pertanggungjawaban terhadap anak guamnya, dan setiap isi yang dinyatakan sebaliknya tidak memiliki dasar fakta.

Sehubungan itu, cadangan pendakwa Perancis tersekat dalam mendapatkan dokumen Malaysia kerana ‘pengaruh’ Najib adalah spekulatif dan tidak logik.

“Sejak 2018, Malaysia mengalami tiga pertukaran pemerintahan berturut-turut, yang semuanya bersikap politik dan tidak ‘berbaik’ dengannya.
“Dalam tempoh itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan jawatankuasa Parlimen memiliki akses tanpa had kepada Kementerian Pertahanan dan sumber relevan lainnya.
“Tidak ada satu pun dokumen mengaitkan Najib yang pernah diajukan, kerana ia memang tidak wujud,” kata kenyataan itu.

Artikel lain: Pembawa Pulang Kapal Selam Pertama Malaysia Kini Dilantik Sebagai Panglima Tentera Laut ke-19

Difahamkan, Najib yang menjadi menteri pertahanan ketika itu mengetuai perbincangan tersebut sebagai sebahagian daripada tugasnya dan beliau telah diberi mandat dari segi undang-undang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Bloomberg

Written By Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Hati seorang pengantin perempuan benar-benar luluh apabila lelaki yang sepatutnya menjadi teman sehidup semati tiba-tiba menghilangkan diri pada hari mereka dijadualkan melafazkan akad nikah,...

Sosial

Isteri kepada seorang lelaki yang hilang selepas dipercayai terjatuh ke laut dari Kilometer 2.8 Jambatan Pulau Pinang merayu orang ramai menghentikan komen negatif serta...

Sosial

Hasrat sepasang suami isteri untuk menyambut kelahiran anak sulung bertukar duka apabila bayi yang dikandung meninggal dunia selepas dilahirkan dalam keadaan songsang di kediaman...

Nasional

Kekuatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bukan hanya bergantung kepada tahap kesiagaan dan profesionalisme anggotanya, malah sokongan ahli keluarga dan jaringan hubungan erat dengan komuniti...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd