Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Muhyiddin Yasin Yakin Tak Bersalah, Pendakwaan Dianggap Tindakan Politik Berniat Jahat

Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yasin menegaskan bahawa beliau tidak bersalah dan menyifatkan tujuh pertuduhan yang dihadapinya seolah-olah bertujuan untuk memalukan dirinya.

Menurut laporan BH Online, Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri berkata, pendakwaan tersebut adalah satu tindakan yang bermotifkan politik jahat bagi menghancurkan BERSATU dan Perikatan Nasional (PN).

“Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) tahu bahawa PN mendapat sokongan padu daripada rakyat terutamanya orang Melayu dan Bumiputera dan akan menang besar dalam enam pilihan raya negeri yang akan diadakan tidak lama lagi.
“Saya menegaskan bahawa saya tidak bersalah dan saya akan jawab segala pertuduhan terhadap saya di mahkamah,” katanya selepas dibebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya hari ini.

https://www.facebook.com/bernamaofficial/posts/pfbid02iwmWN3CqhQPDmWB7d87jfurQp7q49QVCJNqvLJD1R574rRJ8aT8pwtbBm4WeBP6Ul

Tambah Pengerusi PN itu, beliau telah memberikan semua keterangan kepada SPRM dan tiada asas untuk mendakwanya di bawah mana-mana undang-undang.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Tetapi sudah ada arahan daripada pihak yang paling berkuasa dalam pentadbiran negara supaya saya didakwa. Jadi, walau apapun penjelasan yang saya berikan, saya tetap akan didakwa,” ujarnya.

Terdahulu, Ketua SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan Ahli Parlimen Pagoh itu akan didakwa di mahkamah esok dipercayai berkaitan kes salah guna dana kerajaan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

Sumber: BH Online (Ilah Hafiz Aziz & Suraya Ali), BERNAMA (Mohd Huzaini Daud & Faisal Jaafar)

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Mangsa yang ditembak di Jalan Rasah berhampiran Plaza Tol Port Dickson, pagi tadi, dipercayai mempunyai 15 rekod jenayah membabitkan pelbagai kesalahan. Pengawal peribadi maut...

Sosial

Abdul Rahman Amir Ruddin, 21, atau Aman, anak sulung pasangan yang terkorban dalam tragedi kemalangan maut meragut enam nyawa di Kilometer 5, Jalan Segamat–Kuantan...

Sosial

Baru mengumumkan pembukaan restoran pertamanya Rembayung, premis milik pempengaruh terkenal Khairul Aming itu sudah menerima reviu teruk di platform Google Reviews daripada segelintir individu....

Sosial

Belum pun reda isu review tipu di Google yang tular sebelum ini, Khairul Aming sekali lagi menjadi perhatian apabila reka bentuk restorannya, Rembayung dipersoal...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd