Pempengaruh dan doktor terkenal, Dr Malar mengecam keras penjualan arak di premis terbuka serta menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap perkara itu.
Menerusi hantaran di Threads miliknya, beliau menyeru Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) agar mengharamkan penjualan arak di kedai runcit, pasar raya dan pusat membeli-belah.
Menurutnya, antara faktor utama cadangan itu adalah demi menjaga sensitiviti pekerja beragama Islam yang terpaksa mengendalikan produk berasaskan alkohol dalam menjalankan tugas harian.
Dalam masa sama, Dr Malar turut mengakui pendiriannya itu dibuat atas kesedaran terhadap isu sosial dalam kalangan masyarakat.
“Walaupun bunyi macam saya sokong penganut Islam, sebenarnya saya “tunggang” sebab sebenarnya saya tak nak Bangsa saya Bangsa Malaysian-Indian beli arak, mabuk dan menyusahkan orang!”tegasnya.
Beliau bagaimanapun mencadangkan agar penjualan arak dihadkan kepada premis khusus serta lokasi berhampiran balai polis, selain menetapkan kawalan umur yang lebih ketat bagi mengelakkan penjualan kepada golongan bawah umur.
Dr Malar turut berharap agar pihak berwajib mempertimbangkan cadangan tersebut, dengan tinjauan di ruangan komen mendapati ramai pengguna media sosial menyatakan sokongan terhadap pandangan itu.
Artikel lain: Suami Maut Dirempuh Pemandu Mabuk, Isteri Tuntut Keadilan Demi Arwah & Anak-Anak!
Terdahulu, isu berkaitan alkohol kembali menjadi perhatian susulan kes seorang lelaki memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal di Jalan Raya Barat, Klang.
Pemandu terbabit kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sumber: Threads drmalarsanthi_celotehdrmalar








































