Kejadian mencemaskan berlaku awal pagi tadi apabila kenderaan Proton X70 yang dinaiki Komander Senior Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir dari Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam dipercayai ditembak dengan dua das tembakan ketika dalam perjalanan ke masjid untuk menunaikan solat Subuh.
Dalam perjalanan tunai solat subuh
Memetik laporan daripada Harian Metro, Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah menjelaskan, suspek yang menaiki motosikal melepaskan tembakan ke arah Mohd Nasaruddin, dengan satu das mengenai pintu belakang sebelah kanan dan satu lagi mengenai pintu hadapan penumpang sebelah kiri.
“Ketika kejadian, Mohd Nasaruddin dilaporkan berada di dalam kenderaan sebelum suspek menghampiri dan melepaskan dua das tembakan ke arahnya.
Beliau menegaskan bahawa mangsa terselamat tanpa sebarang kecederaan dan suspek melarikan diri dari lokasi kejadian.
“Suspek kemudiannya melarikan diri dari lokasi kejadian dan mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
Artikel lain: JPJ Sahut Tindakan Tegas SPRM! Banteras Orang Tengah Sogok Penguat Kuasa
Polis kini sedang giat menjalankan siasatan untuk mengenal pasti suspek dan motif di sebalik insiden tersebut, yang turut menimbulkan kebimbangan keselamatan dalam kalangan warga tempatan.
Sumber: Harian Metro (Zuliaty Zulkiffli)







































