Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

MCMC Nafi Dakwaan Jadi Alat Untuk Tutup Mulut Pengkritik Kerajaan

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menafikan dakwaan bahawa pihaknya telah dijadikan sebagai alat bagi menutup mulut pengkritik kerajaan.

Menerusi satu laporan Bernama, MCMC memaklumkan, sebanyak 72 peratus permintaan kepada platform media sosial adalah berkaitan dengan perjudian dalam talian serta penipuan yang disekat kandungannya.

Foto: FB MCMC

“Sehingga 3 Jun lepas 53 peratus permintaan sekatan kandungan dalam talian yang dibuat oleh MCMC merentas semua platform, adalah yang berkaitan dengan perjudian dalam talian.
“Selain itu 19 peratus melibatkan penipuan dalam talian, 15 peratus dikenal pasti sebagai berita palsu, enam peratus berkaitan dengan kaum, agama dan royalti (3R), dan lima peratus lagi melibatkan gangguan,” katanya.

MCMC juga berkata, matlamatnya dengan platform media sosial adalah bagi memastikan persekitaran dalam talian yang selamat sekali gus menafikan dakwaan pihaknya digunakan untuk menyekat wacana awam mengenai isu atau dasar kerajaan, yang seolah-olah menyatakan bahawa Putrajaya dan badan kawal selia lain tidak boleh menerima kritikan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Bagi tujuan ini platform media sosial secara rutin dan konsisten melakukan penyingkiran proaktif terhadap kandungan yang melanggar piawaian komuniti mereka.

Foto: FB MCMC

“Persepsi ini tidak tepat dan tidak menggambarkan operasi MCMC dan platform media sosial,” jelasnya lagi.

MCMC juga turut berkata, pihaknya akan mengemukakan permintaan kepada platform dalam talian sekiranya terdapat kandungan yang melanggar piawaian komuniti atau undang-undang Malaysia yang secara tidak langsung merupakan sekatan sebenar kandungan berdasarkan penilaian platform itu sendiri.

“Pada suku keempat tahun lepas, satu platform media sosial secara proaktif mengeluarkan 1.8 juta kandungan dalam talian tanpa sebarang permintaan daripada pihak berkuasa.
“Kandungan ini merangkumi pelbagai kategori seperti mempromosi buli dan gangguan, pelanggaran privasi, ucapan kebencian, maklumat salah, spam, tingkah laku tidak baik yang diselaraskan, maklumat salah yang memberi kesan secara langsung kepada proses politik, dan media tertentu yang dimanipulasi dengan maklumat tidak benar.

Foto: cyberacademy.id

“Walaupun kritikan terhadap kerajaan atau ahli politik dibenarkan, terdapat had undang-undang terhadap kebebasan media, terutamanya apabila ia melibatkan isu sensitif seperti 3R,” tambahnya lagi.

Untuk makluman, Malaysia dilaporkan telah membuat sebanyak 1,862 permintaan untuk menyekat kandungan tertentu di TikTok pada separuh kedua tahun lepas, manakala Meta pula melaporkan telah menyekat kira-kra 8,600 kandungan di Malaysia sepanjang tahun lepas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Bernama

Written By Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Maxim Malaysia sedang berbincang dengan pihak berkuasa bagi menyelesaikan isu berhubung dakwaan bahawa dua aplikasi e-hailing yang dikendalikannya, Maxim dan InDrive, beroperasi secara haram....

Dunia

Satu kejadian tragis menimpa seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Situbondo, Jawa Timur apabila dilaporkan disiram dengan cecair mudah terbakar (spiritus) sebelum dibakar...

Bisnes

Harga minyak global turun merosot pada awal dagangan hari ini hampir AS$1 rentetan jangkaan perjanjian nuklear antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran. Harga minyak...

Politik

Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Mokhtar Senik mengemukakan pendapat bahawa pari tersebut hanya akan kekal relevan sebagai parti politik Islam jika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd