Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

Mat Kilau Mula Tayang Di Netflix, Nama Abdullah Ibn Mubarak Jadi Bualan?

Filem epik tempatan Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan mencipta fenomena tersendiri apabila berjaya mengaut kutipan sebanyak RM 100 juta selepas ditayangkan pada 23 Jun lalu.

Tidak terhenti di panggung wayang seluruh Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia, filem itu kini telah memasuki pasaran Netflix.

Ramai meluahkan keterujaan masing-masing kerana dapat menonton filem ini bersama ahli keluarga atau rakan-rakan di mana-mana sahaja tanpa mengira waktu dan tempat.

Bagaimanapun, dalam keterujaan itu terdapat individu meluahkan ketidakpuasan hati apabila terdapat salah satu babak dalam filem berkenaan dilihat tidak benar dan boleh menimbulkan kekeliruan fakta kepada ramai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menerusi hantaran dikongsikan oleh pengguna dikenali Halim Abdurrahman Halim, dia hairan apabila nama Abdullah Ibn Mubarak dipetik sebagai sahabat Nabi.

“Abdullah Ibn Mubarak sahabat Nabi? Setahu saya, Abdullah Ibn Mubarak seorang Tabi’ Tabi’in dan ahlul hadith. Beliau dilahirkan pada 118 Hijrah. Tidak pernah jumpa Nabi,”tulisnya dalam hantaran di platform Facebook.

Dalam pada itu, Halim berpandangan kemungkinan Mat Kilau (lakonan Adi Putra) tersasul dan sebenarnya mahu menyebut nama Abdullah Ibn Rawahah r.a.

“Kalau Abdullah Ibn Rawahah memang pahlawan dan panglima perang memimpun 3,000 Muslim melawan 200,000 tentera Rom pada perang Mu’tah.”katanya lagi.

Susulan itu, Halim berharap agar pihak pengarah atau penerbit filem Mat Kilau dapat menyemak berulang-kali skrip para pelakon sebelum ia difilemkan.

Tidak lama selepas itu, Halim berkongsi sebuah hantaran mengenai isu nama Abdullah Ibn Mubarak yang dibangkitkan pada awalnya.

Halim berkata, salah seorang pihak Tim Studio Kembara telah tampil menjelaskan isu berkenaan menerusi mesej di Facebook secara peribadi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Individu berkenaan menjelaskan babak nama Abdullah diangkat sebagai sahabat Nabi Muhammad sebenarnya tiada sewaktu dalam tayangan di panggung wayang. Dan, bahagian tersebut telah pun disunting selepas ditegur oleh penasihat syariah.

Jelasnya lagi, pihak mereka baru maklum terdapat sedikit kekeliruan dan sedang dalam usaha meminta Netflix untuk menayangkan filem yang telah disunting.

Untuk makluman, filem ini dibintangi beberapa nama besar seperti Dato’ Adi Putra, Beto Qusyairi, Fattah Amin, Yayan Ruhian, Johan As’ari, Khir Rahman, Elly Suriati dan ramai lagi.

Filem ini juga telah mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya mengutip RM1 juta pada hari pertama tayangannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook Halim Abdurrahman Halim

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Ustaz Firdaus Firabib yang tidak asing lagi di Kedah telah menerima usul daripada Kariah Masjid Al-Busyra di Merbok apabila meminta agar elaun imam dipotong....

Lokal

Lima individu, termasuk sepasang suami isteri dan anak perempuan mereka berusia dua tahun, maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 58.1, Lebuhraya PLUS...

Sosial

Baru-baru ini tular di media sosial, seoarang warga emas mengusap air mata menerima bantuan daripada seorang pemuda setelah berdepan detik cemas kehabisan minyak motor...

Lokal

Sepasang suami isteri maut dalam kemalangan di Kampung Merbau Kudung, Jalan Teloi Timur, petang Selasa selepas dikatakan baru selesai ‘photoshoot’ atau merakamkan gambar kenangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd