Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Malaysia Kekal Posisi, Negara Ke-19 Paling Aman Di Dunia

Malaysia kini berada di tangga ke-19 pada senarai global bagi kedudukan negara paling aman di dunia pada tahun 2023.

Menerusi data yang dikeluarkan oleh Indeks Keamanan Global (GPI) Edisi ke-17, Malaysia mengumpul skor sebanyak 1.513 mata daripada 163 buah negara lain.

Ia cukup untuk meletakkan Malaysia antara 20 negara paling aman di dunia dan meraih kedudukan ketiga dalam senarai negara Asia apabila berada di belakang Singapura dan Jepun.

Malaysia ke-19 aman

Selain itu, kedudukan tahun ini menunjukkan Malaysia jatuh satu anak tangga berbanding tempat ke-18 pada 2022.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Berdasarkan kedudukan carta tersebut, Malaysia juga merupakan satu-satunya negara majoriti penduduk beragama Islam yang tersenarai dalam carta 20 negara paling aman di dunia.

Di tangga ke-18 adalah Hungary dengan skor 1.508 mata, manakala di tangga ke-20 adalah Belgium yang mencatatkan skor 1.523 mata.

Dalam pada itu, Iceland telah diisytiharkan sebagai negara teraman dengan 1.124 mata, diikuti dengan Denmark (1.31) dan Ireland (1.312).

Manakala Singapura pula, muncul sebagai negara Asia dan Asia Tenggara paling aman di dunia selepas mengguni tangga keenam dalam indeks berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jepun yang berada di tangga ke-9 indeks itu merupakan negara kedua paling aman di Asia, diikuti Bhutan yang berada di tangga ke-17.

Malaysia ke-19 aman

Berdasarkan data menyeluruh, didapati tahap keamanan dunia telah merosot sepanjang 15 tahun disebabkan kesan konflik perdagangan yang telah meningkat serta berlakunya peperangan di negara-negara tertentu.

Sumber: Indeks Keamanan Global (GPI) Edisi ke-17

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penumpang berkongsi detik cemas yang dialami ketika pesawat dinaikinya mengalami kecemasan semasa penerbangan, sebelum berjaya mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Bintulu, pagi...

Lokal

Ibu kepada pendaki Allahyarham Mustaqqeem Mansor, Rohani Saad, 64, meluahkan rasa terkilan selepas anak sulungnya meninggal dunia akibat kesejukan melampau sebelum mayatnya ditemui di...

Lokal

Kes pembunuhan 2 beranak di Kampung Sekolah Juru, Pulau Pinang terus menjadi tumpuan apabila suami kepada mangsa kini direman selama tujuh hari bagi membantu...

Sosial

Sebuah pergaduhan membabitkan lima wanita di sebuah taman perumahan di Bukit Gambir, Tangkak, tular di media sosial semalam, dengan penyodok sampah, penyapu dan gayung...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd