Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Mahu Fokus Kepada Kerjaya Punca Park Minyoung Putus Dengan Bekas Kekasih

Bekas kekasih kepada pelakon korea Selatan terkenal, Park Min-young iaitu Kang Jong-hyun mendedahkan dia dan aktres itu mengambil keputusan untuk tidak lagi menjalin hubungan percintaan untuk memberi fokus kepada kerjaya pelakon tersebut dalam dunia hiburan.

Difahamkan, pada September lepas,  Dispatch telah berkongsi beberapa foto pelakon itu keluar bersama dengan Kang Jong-hyun yang juga merupakan pengerusi Bithumb salah satu bursa mata wang kripto terbesar Korea Selatan.

Namun begitu, beberapa hari kemudian agensi Park Min-young menjelaskan mereka sudah memutuskan hubungan dan spekulasi yang mengatakan aktres itu menerima wang daripada pengusaha itu adalah tidak benar sama sekali.

Malah, pada 12 Oktober lalu, Kang Jong-hyun sendiri menjelaskan khabar angin mengenai hubungannya antara Park Min-young semenjak ia menjadi tular di laman sosial.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya memang bertemu dengan Min-young pada 29 Oktober (semasa laporan dibuat). Saya tidak mahu merosakkan kerjaya lakonannya kerana saya.
“Dia sangat suka berlakon jadi kami memutuskan untuk berpisah. Saya tidak kisah bagaimana laporan ditulis tentang saya, tetapi saya tidak mahu dia disebut lagi,” katanya.

Jelasnya lagi, Kang Jong-hyun mengakui dia tidak pernah memberi sejumlah wang yang besar kepada Park Min-young malah, aktres itu yang sering memberikannya hadiah kepadanya sebelum ini.

Sumber: Kimchi Daily 

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah di Jalan Raya Barat di sini...

Dunia

Isu tuntutan terhadap Sabah kembali menjadi perhatian apabila seorang senator Filipina menggesa Presidennya untuk menghidupkan semula tuntutan ke atas wilayah tersebut yang didakwa kaya...

Sosial

Perkongsian seorang anggota polis mengenai gelagat sekumpulan kanak-kanak yang datang beraya dipercayai di Balai Polis Pangkor, Perak mencuri perhatian ramai di media sosial. Menerusi...

Dunia

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mendakwa beliau pernah ‘ditawarkan’ untuk menjadi Pemimpin Tertinggi Iran, namun menolak cadangan tersebut dengan berkata, ‘tidak, terima kasih’....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd