Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Letusan Gunung Ruang, Kualiti Udara Di Sabah Dan Sarawak Tidak Terjejas

Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaporkan pencerapan indeks pencemaran udara (IPU) menunjukkan kualiti udara di Sabah dan Sarawak tidak terjejas berikutan letusan Gunung Berapi Ruang, Indonesia pada 16 April lepas.

Menurut satu laporan Berita RTM, Ketua Pengarah Alam Sekitar Malaysia Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata, asap debu letusan di Gunung Ruang tidak memberi kesan ketara kepada bacaan IPU stesen pengawasan kualiti udara di dua negeri berkenaan.

Foto: Google

“Tiada peningkatan bacaan pencemaran terampai (PM2.5 dan PM10), sulfur dioksida (SO2), nitrogen dioksida (NO2), Ozon (O3) dan karbon monosida (CO) direkodkan,” katanya.

Beliau juga berkata, sebanyak 21 kawasan di dua negeri tersebut mencatatkan status kualiti udara pada tahap baik, manakala 47 kawasan yang lain pula mencatatkan status kualiti udara pada tahap sederhana sehingga pukul 10.00 malam tadi.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Tiada stesen yang mencatatkan status kualiti udara pada tahap tidak sihat,” ujar beliau.

Wan Abdul Latiff turut berkata bahawa JAS akan sentiasa memantau bacaan IPU dari masa ke semasa terutama di dua negeri berkenaan dan memberitahu orang ramai boleh mengetahui bacaan IPU terkini dengan melayari laman web rasmi jabatan tersebut, APIMS.

Foto: AFP

Terdahulu, Gunung Berapi Ruang, di Sulawesi Utara, Indonesia berketinggian 725m dari paras laut telah meletus pada 9.45 pagi, 16 April 2024 sehingga menjejaskan operasi penerbangan di Sabah dan Sarawak.

Walau bagaimanapun, kualiti udara permukaan di Sabah dan Sarawak tidak terjejas berdasarkan pencerapan indeks pencemaran udara (IPU) setakat ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita RTM

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah di Jalan Raya Barat di sini...

Dunia

Isu tuntutan terhadap Sabah kembali menjadi perhatian apabila seorang senator Filipina menggesa Presidennya untuk menghidupkan semula tuntutan ke atas wilayah tersebut yang didakwa kaya...

Sosial

Perkongsian seorang anggota polis mengenai gelagat sekumpulan kanak-kanak yang datang beraya dipercayai di Balai Polis Pangkor, Perak mencuri perhatian ramai di media sosial. Menerusi...

Dunia

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mendakwa beliau pernah ‘ditawarkan’ untuk menjadi Pemimpin Tertinggi Iran, namun menolak cadangan tersebut dengan berkata, ‘tidak, terima kasih’....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd