Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

259 Doktor, 95 Jururawat Di Sarawak Letak Jawatan Sejak 2020

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan seramai 259 pegawai perubatan dan 95 jururawat letak jawatan di fasiliti kesihatan seluruh Sarawak sepanjang tempoh lima tahun dari 2020 hingga 2024.

Ramai letak jawatan sejak 5 tahun ini

Memetik laporan daripada Utusan Malaysia, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad menyatakan kadar kekosongan tenaga kesihatan di Sarawak lebih tinggi berbanding negeri lain disebabkan pelbagai faktor, termasuk cabaran penempatan di kawasan luar bandar.

“Selain pegawai perubatan, kekurangan jururawat turut dihadapi di hampir semua hospital KKM di seluruh negara berikutan jumlah keluaran pelatih yang masih rendah daripada Institut Latihan KKM dan institusi pengajian tinggi (IPT) dalam negara,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman rasmi Parlimen hari ini.

Jumlah pegawai perubatan letak jawatan & langkah tangani kekurangan

Kenyataan tersebut dibuat beliau bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi, mengenai jumlah pegawai perubatan dan jururawat di Sarawak yang meletak jawatan serta langkah menangani kekurangan tenaga kerja kesihatan, khususnya di kawasan luar bandar.

Menurut Dr. Dzulkefly, penempatan tenaga kerja kesihatan di Sarawak menunjukkan peningkatan setiap tahun. Pada 2020, seramai 39 pegawai perubatan dan enam jururawat ditempatkan, meningkat kepada 68 pegawai perubatan dan 34 jururawat pada 2023, dan 83 pegawai perubatan serta 25 jururawat pada 2024.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sehingga 30 Jun 2025, seramai 27,209 petugas kesihatan berkhidmat di negeri itu, termasuk 685 pakar perubatan, 3,029 pegawai perubatan, 6,479 jururawat, 1,699 jururawat masyarakat dan 15,317 petugas lain.

letak jawatan

Artikel lain: KKM Lancar Sistem Pertukaran Suka Sama Suka, Kurangkan Karenah Birokrasi Penempatan

Bagi menangani kekurangan tenaga kerja, KKM melaksanakan pelbagai strategi termasuk mewajibkan pegawai perubatan tetap memilih sekurang-kurangnya satu penempatan di Sarawak, Sabah atau Labuan melalui sistem e-penempatan, menetapkan kuota lebih tinggi di Sarawak, memberikan merit tambahan 5 hingga 10 peratus untuk pegawai yang berkhidmat di kawasan pedalaman, serta menempatkan semula jururawat asal Sarawak yang berkhidmat di Semenanjung.

“KKM akan terus berunding dengan agensi pusat bagi merangka penyelesaian jangka panjang untuk meningkatkan jumlah pegawai perubatan dan jururawat di Sarawak terutama di fasiliti kesihatan luar bandar,” katanya.

Sumber: Utusan Malaysia (Mohamad Hafiz Yusoff Bakri & Fatin Norizati Mat Isa)

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Ammar Nazhan, tampil membuat penjelasan susulan wujudnya beberapa perbualan dan hantaran di media sosial yang mengaitkan namanya serta Team Ammar Nazhan...

Sosial

Seorang lelaki warga emas dipercayai diabaikan oleh keluarga kerana keadaannya yang tidak terurus, diselamatkan oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) semalam. Kisah menyayat hati...

Dunia

Global Sumud Flotilla (GSF) mengumumkan pelancaran flotila kemanusiaan terbesar dalam sejarah ke Gaza, yang dijadualkan berlepas pada 29 Mac dari pelbagai pelabuhan di seluruh...

Sukan

Atlet sensasi Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar memulakan kempen musim ini dengan langkah kanan apabila berjaya menumbangkan petarung dari Myanmar, Ye Yint...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd