Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Lelaki Tuntut Ganti Rugi RM167,000 Selepas Kemaluan Dipotong Isteri

Seorang lelaki dari Solo, Indonesia terpaksa menahan kesakitan selepas kemaluannya dipotong isteri kerana sakit hati bakal diceraikan.

Menerusi laporan Tribun News, tindakan isterinya itu telah menyebabkan lelaki terbabit tuntut ganti rugi berjumlah 550 juta rupiah (RM167,000) sebagai dana untuk membiayai rawatannya di luar negara.

Menurut peguam bela, lelaki tersebut perlu menjalani pembedahan dan rawatan selanjutnya disebabkan kecederaan yang dialaminya selama setahun.

Difahamkan, wanita terbabit melakukan perbuatan tersebut pada 16 Mei lalu di Daerah Jebres, Kota Solo.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Wanita itu dituduh melakukan penganiayaan terancang sehingga menyebabkan kecederaan parah dan jika disabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara selama lima tahun.

Sumber: Tribun News

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

85% libat rakyat tempatan! Data terkini Kementerian Kesihatan menunjukkan 85 peratus kes tuberkulosis (tibi) di negara ini melibatkan rakyat tempatan, manakala hanya 15 peratus...

Lokal

Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) melaksanakan operasi penguatkuasaan dikenali sebagai Operasi Penguatkuasaan Hutan Bersepadu (Ops Risi) di Hutan Simpan Kapar Tambahan, Kuala Selangor bagi...

Lokal

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menjalankan tindakan sitaan terhadap penjaja air balang di sekitar Dataran Merdeka pada Sabtu lalu. Dalam satu kenyataan hari...

Lokal

Pengurusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengesahkan akan mengadakan perjumpaan bersama pihak Multiracial Reverted Muslims (MRM) bagi membincangkan penyelesaian jangka panjang, susulan tindakan penguatkuasaan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd