Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lelaki Tunjuk Gangster, Buka Pintu Kereta Terus Belasah Doktor Tepi Jalan

Sejak semalam, tular di media sosial berkenaan satu video seorang pemandu kereta ditendang ditumbuk seorang lelaki di bahu jalan.

Video pemandu tumbuk, tendang pemandu lain

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh akaun Twitter @tnqistina, pemandu lelaki telah keluar dan meminta agar pemandu dihadapannya membuka pintu sebelum menendang dan menumbuk. Difahamkan, mangsa adalah lelaki warga emas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Berang sebab tak hentikan kenderaan selepas pelanggaran

Susulan daripada kejadian tersebut, suspek yang berusia 27 tahun telah ditahan sewaktu hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya selepas selesai memberi keterangan jam 9.45 malam tadi.

Memetik laporan dari Harian Metro, lelaki tersebut bertindak menumbuk, menarik rambut dan menyepak seorang warga emas dalam kenderaannya di hadapan sebuah stesen minyak berhampiran sebuah pusat beli-belah, di Ampang selepas arahan untuk memberhentikan kenderaan tidak diedah oleh mangsa.

Mangsa doktor berusia 67 tahun

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, mangsa yang merupakan seorang doktor berusia 67 tahun itu menyedari kenderaannya dilanggar dari arah belakang, jam 10.30 pagi sewaktu memandu di lampu isyarat Jalan Kolam Air Lama.

“Apabila sampai di hadapan stesen minyak berkenaan, kenderaan mangsa dihalang dari arah hadapan oleh sebuah kereta Mercedes berwarna putih.
“Kemudian seorang lelaki turun dari kenderaan itu dan bertindak membuka pintu kereta mangsa lalu menumbuk muka bahagian kanan pipi, menarik rambut dan menyepak mangsa di bahagian pinggang menyebabkan dia berasa sakit.
“Kejadian itu dirakam oleh pengguna jalan raya lain yang kemudian ditularkan di media sosial, semalam,” katanya.

Menurut Farouk lagi, suspek dikatakan berang kerana tidak berpuas hati dengan mangsa yang tidak mengendahkan arahan untuk berhenti sewaktu pelanggaran berlaku.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menerusi siasatan suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan juga ujian saringan air kencing juga negatif.

Suspek mungkin boleh disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan atas kesalahan sengaja menyebabkan kecederaan dan ugutan jenayah.

Sumber: Twitter @tnqistina, Harian Metro (Nurul Hidayah Bahaudin)

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Sebuah video menyentuh perasaan yang dimuat naik di TikTok meraih perhatian ramai apabila memaparkan momen mengharukan dua kanak-kanak perempuan menolak kerusi roda yang dinaiki...

Sosial

Seorang pelajar jurusan Kerja Sosial Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bertindak berani apabila terjun ke dalam tasik bagi menyelamatkan seorang remaja perempuan yang cuba keluar...

Sosial

Hubungan antara adik-beradik tidak akan pernah terputus biarpun sering diuji dengan pelbagai masalah kerana dilahirkan daripada rahim yang sama. Sedih orang terakhir dipeluk Baru-baru...

Lokal

Dua penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) dan seorang penganggur didenda keseluruhan RM11,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah memiliki gambar...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd