Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lelaki Dipenjara Empat Bulan Sebab Curi Barangan Hotel

Seorang lelaki yang juga penganggur dijatuhi hukuman penjara empat bulan dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah curi barangan hotel bernilai RM585 bulan lalu.

Menurut laporan Harian Metro, tertuduh yang dikenali sebagai Ng Jiun Loong, 30, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Difahamkan, tertuduh telah mencuri beberapa barangan hotel seperti kotak amenities, tuala mandi, bakul buluh, bantal dan bantal sofa beserta sarung serta gelas kaca yang bernilai keseluruhan kira-kira RM585.

Lelaki curi barangan hotel

Gambar hiasan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Gambar hiasan

Artikel lain: Jurutera Didenda RM1,000 Sebab Conteng Tembok Kedutaan AS

Kejadian tersebut telah berlaku pada 23 Oktober 2023 di bilik 2106 sebuah hotel di Jalan Tun Sri Lanang dalam daerah Melaka Tengah jam 1.30 tengah hari.

Tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan juga dikenakan denda dan bagi kesalahan kali kedua atau yang kemudian hendaklah dihukum dengan pemenjaraan dan hendaklah juga dikenakan denda atau sebat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, pihak pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Asnini Kamarudin meminta kepada mahkamah supaya hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh sebagai pengajaran.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak mewakili peguam merayu supaya hukuman ringan diberikan atas sebab tidak bekerja dan tiada pendapatan, selain menghidap penyakit auto imun kronik SLE yang memerlukan rawatan.

Pun begitu, mahkamah telah membuat keputusan untuk menjatuhkan hukuman penjara empat bulan dan denda RM1,000 atau sebulan penjara jika gagal bayar.

Sumber: Kosmo (Muhammad Shahizam Tazali)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Proses tatatertib terhadap seorang penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang menyentuh isu agama, kaum dan institusi diraja (3R) telah selesai baru-baru ini....

Lokal

Sepasang kekasih yang tular dalam sebuah video kerana didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh dalam keadaan berbogel di tanah perkuburan di Georgetown, Pulau Pinang direman...

Lokal

Mahkamah Sesyen di sini memerintahkan Datuk Bandar Kuala Lumpur membayar ganti rugi berjumlah RM824,180 kepada sepasang suami isteri selepas anak lelaki mereka maut dihempap...

Sukan

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menggesa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melaksanakan reformasi menyeluruh serta mempercepatkan proses pemilihan kepimpinan baharu susulan kejatuhan mendadak ranking skuad...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd