Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Sejarah Tercipta! Johnny Lim Jadi Leftenan Jeneral Berbangsa Cina Pertama Dalam ATM

Komandan Maktab Ketahanan Nasional (MKN), Datuk Johnny Lim Eng Seng mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi individu berbangsa Cina pertama yang dinaikkan pangkat ke Leftenan Jeneral dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Leftenan Jeneral berbangsa Cina pertama Malaysia

Pemakaian pangkat itu telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar di Wisma Pertahanan, semalam.

Johnny yang berasal dari Melaka menyertai latihan Pegawai Kadet Tauliah Jangka Tetap Ke-25 (TJT 25) di Akademi Tentera Diraja Sandhurst, United Kingdom pada 1986 sebelum ditauliahkan ke Rejimen Renjer Diraja (RRD).

Leftenan Jeneral mengusai beberapa bahasa

Beliau juga memiliki latar akademik yang cemerlang, termasuk ijazah sarjana dari Universiti Canberra, Australia dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), serta merupakan graduan Kolej Komando dan Kakitangan Tentera Australia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, beliau turut menguasai bahasa Korea hasil pengajian ketenteraan di Korea Selatan dan Sepanyol.

Leftenan Jeneral

Artikel lain: Semua Selamat! Alami Masalah Gear Pendaratan Punca Pesawat TUDM Tergelincir

Bukti peluang kenaikan pangkat tanpa kira bangsa

ATM dalam kenyataannya menyatakan bahawa kenaikan pangkat Johnny membuktikan peluang dalam ATM terbuka kepada semua bangsa berdasarkan kecemerlangan dan pencapaian dalam perkhidmatan.

“Ini juga diharapkan dapat menarik minat bangsa lain untuk turut menceburkan diri dalam kerjaya keramat ini.
“ATM seharusnya dilihat sebagai contoh terbaik konsep ‘Unity in Diversity’ dan menjadi platform utuh di dalam erti kata perpaduan yang sebenarnya,” ujarnya.

Difahamkan, sepanjang perkhidmatannya, Johnny pernah memegang pelbagai jawatan penting seperti Ketua Jurulatih PULADA, Panglima 31 Briged Infantri, Inspektor Jeneral Tentera Darat dan Ketua Staf Markas Pemerintahan Medan Barat.

Sumber: Facebook Angkatan Tentera Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Hati seorang pengantin perempuan benar-benar luluh apabila lelaki yang sepatutnya menjadi teman sehidup semati tiba-tiba menghilangkan diri pada hari mereka dijadualkan melafazkan akad nikah,...

Sosial

Isteri kepada seorang lelaki yang hilang selepas dipercayai terjatuh ke laut dari Kilometer 2.8 Jambatan Pulau Pinang merayu orang ramai menghentikan komen negatif serta...

Sosial

Hasrat sepasang suami isteri untuk menyambut kelahiran anak sulung bertukar duka apabila bayi yang dikandung meninggal dunia selepas dilahirkan dalam keadaan songsang di kediaman...

Nasional

Kekuatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bukan hanya bergantung kepada tahap kesiagaan dan profesionalisme anggotanya, malah sokongan ahli keluarga dan jaringan hubungan erat dengan komuniti...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd