Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lebih 600 Pelajar Palestin Dikecualikan Bayar Yuran Universiti – KPT

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan lebih 600 pelajar Palestin yang menuntut di universiti awam negara akan dikecualikan bayaran yuran pengajian bagi tempoh setahun bermula serta-merta.

Menurut laporan Kosmo, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memberitahu pihaknya sedang membuat rundingan bersama universiti swasta untuk berbuat sedemikian.

Pelajar Palestin dikecualikan bayaran yuran

Artikel lain: KPT Anjur GHEF2023, Bincang Isu Ekosistem Pendidikan Tinggi & Pemulihan Pasca Pandemik

“Sekarang ini (di Malaysia) terdapat lebih kurang 800 pelajar Palestin yang mana lebih 200 pelajar berada di universiti swasta dan (selebihnya) berada di universiti awam di pelbagai peringkat pengajian.
“Secara umum, saya boleh nyatakan bahawa kita sedang menimbang usaha untuk membantu mereka dalam masa setahun ini. Bagi universiti awam, kita bersedia melonggarkan (syarat) agar mereka dikecualikan bayaran yuran selama setahun.
“Kita juga sedang berunding dengan pihak universiti swasta untuk memastikan pengecualian yuran kepada pelajar-pelajar ini,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Forum Pendidikan Tinggi Global (GHEF) 2023 di sini tadi.

Difahamkan, forum tersebut diadakan untuk membincangkan isu-isu yang dihadapi ekosistem pendidikan tinggi yang dihadiri lebih 1,000 wakil daripada 17 buah negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled turut mendedahkan KPT kini sedang mempertimbangkan pemberian elaun secara bulanan selama setahun kepada semua pelajar universiti awam yang akan melibatkan kos berjumlah RM20 juta.

Sumber: Kosmo (Kamariah Khalidi)

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah seorang pemuda, Amirrul Mukminin bin Mohd Zain yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang ke Kelantan dari tempat kerjanya,...

Spotlight

Nama pelakon Indonesia, Jefri Nichol menjadi bualan hangat di media sosial selepas satu perkongsian memaparkan dirinya berpelukan mesra dengan seorang wanita yang didakwa sebagai...

Lokal

Keluarga Allahyarham Syakirah Hanan Mazli, 25, reda dan berlapang dada menerima permohonan maaf daripada keluarga pemandu kereta Honda Jazz yang terbabit dalam kemalangan ngeri...

Lokal

Seorang wanita tempatan yang sebelum ini dilaporkan hilang selepas melawat suaminya di Hospital Shah Alam kelmarin telah ditemui dalam keadaan selamat. Menurut laporan BH...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd