Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Langgar Perodua Axia, Bapa Tujuh Anak Didenda RM13,000

Seorang lelaki berusia 50 tahun yang melanggar Perodua Axia dijatuhi hukuman denda berjumlah RM13,000 oleh dua Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan melakukan khianat dan memandu secara berbahaya, Ahad lalu.

Menyesal langgar Perodua Axia

Menurut laporan Harian Metro, tertuduh, Muhammad Firdaus Abdullah yang tidak bekerja dan mempunyai tujuh anak, membuat pengakuan bersalah sebaik pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Atifah Hazimah Wahab dan Majistret Nur Fatin Mohamad Farid.

langgar perodua axia

Foto: Harian Metro

Bagi pertuduhan pertama di hadapan Majistret Atifah Hazimah, dia didakwa melakukan khianat dengan melanggar Perodua Axia berwarna hitam milik seorang lelaki sehingga menyebabkan kerugian RM15,300.

Kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda, atau kedua-duanya.

Artikel lain: Tular Bawa Barang Lebih Muatan, Polis Sahkan Pemandu ‘Axia Merah’ Alami Masalah Jiwa

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, di hadapan Majestret Nur Fatin, Muhammad Firdaus turut didakwa memandu Toyota Hilux secara cuai dan tanpa perhatian penuh sehingga membahayakan pengguna jalan raya lain.

Pertuduhan itu dibuat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda sehingga RM10,000, penjara maksimum 12 bulan serta pengendorsan lesen memandu.

langgar perodua axia

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan pada jam 3.10 petang di Susur 6, Jalan Tun Abdul Razak, Johor Bahru, pada Ahad lalu.

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM7,500 bagi pertuduhan khianat dan RM5,500 bagi kesalahan trafik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sekiranya gagal membayar denda, tertuduh akan dipenjara masing-masing selama 12 bulan dan enam bulan serta lesen memandunya turut diendors oleh mahkamah.

Tertuduh yang menangis semasa prosiding merayu hukuman diringankan atas alasan tidak mempunyai pendapatan tetap dan menanggung seorang isteri serta tujuh anak.

“Saya menyesal dan berjanji tidak akan ulangi perbuatan ini,” katanya.

Namun begitu, Timbalan Pendakwa Raya Nik Noratini Nik Azman dan Amirah Tasnim Saleh memohon hukuman setimpal atas kepentingan awam serta kerugian besar yang dialami mangsa.

langgar perodua axia

Pemilik Perodua Axia seorang lelaki berusia 63 tahun, membuat laporan polis mendakwa kenderaannya dilanggar beberapa kali oleh tertuduh yang kemudian melarikan diri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Rakaman dashcam serta saksi kejadian mengesahkan tindakan pemandu tersebut melanggar Perodua Axia  khianat tertuduh.

Susulan laporan itu, polis berjaya menahan Muhammad Firdaus di Jalan Langkasuka pada jam 6.30 petang keesokannya.

Sumber: Harian Metro (Izz Laily Hussein)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Industri pelancongan tampil mempertahankan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Tiong King Sing susulan isu alkohol dalam satu majlis anjuran Tourism Malaysia baru-baru...

Lokal

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menegaskan bahawa penjawat awam tidak dibenarkan sama sekali menyertai mana-mana majlis atau aktiviti yang melibatkan minuman keras,...

Sukan

Jawatankuasa Disiplin Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) melalui keputusan rasmi bertarikh FDD-24394 mendedahkan hasil siasatan terhadap dokumen kelahiran beberapa pemain yang dikemukakan oleh Persatuan Bolasepak...

Sosial

Pempengaruh dan juga aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) Haroqs atau nama sebenarnya, Muhammad Hareez Adzrami menyatakan rasa terharu kerana ramai ambil berat keatas dirinya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd