Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lambakan Kenderaan, DBKL Sediakan 14 Fasiliti ‘Parking’ Bertingkat

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah sediakan fasiliti 14 ‘parking’ (tempat letak kereta) bertingkat di 14 kawasan Perumahan Awam (PA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR)  bagi menangani isu lambakan kenderaan persendirian dan kekurangan parkir di kawasan tersebut.

DBKL dalam satu kenyataan memaklumkan pembinaan fasiliti yang dapat menyediakan sebanyak 7,000 tempat letak kereta itu mengambil kira kepadatan  penduduk yang tinggi serta keluasan tapak sedia ada.

DBKL sediakan 14 ‘parking’ bertingkat

Artikel lain: Kerajaan Tidak Akan Laksanakan Dasar Tamatkan Hayat Kenderaan Lama – Loke

Antara kawasan PA dan PPR yang mempunyai fasiliti itu ialah PPR Pekan, Kepong; PA Seri Sabah, Bandar Tun Razak; PPR Jelatek, Titiwangsa dan PPR Seri Pantai, Lembah Pantai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut DBKL, dasar awal penyediaan tempat letak kereta ialah satu perempat (empat unit rumah PPR/PA  bersamaan sebuah kereta) daripada jumlah unit yang disediakan dalam sesuatu kawasan dengan lingkungan 80 hingga 300 petak letak kereta.

“Dasar tersebut  ditetapkan berdasarkan kepada status penyewa yang terdiri daripada golongan miskin tegar, miskin dan miskin bandar.
“Bagaimanapun, pertambahan bilangan kenderaan bagi sesuatu kawasan naik secara mendadak pada 2010 kerana unit perumahan sedia ada telah meningkat disebabkan pertumbuhan generasi sesuatu keluarga,” menurut DBKL dalam kenyataan kepada Bernama hari ini.

Semalam, Bernama melaporkan mengenai isu lambakan kenderaan persendirian dan kekurangan tempat letak kenderaan di PPR, strata kos rendah dan sederhana di ibu negara terus mendatangkan resah dalam kalangan penduduk dan orang awam.

Pelbagai jenis kenderaan termasuk bas, van dan kereta yang diletakkan sembarangan seperti parkir berganda di tepi jalan dan hentian bas sehingga menghalang pergerakan kenderaan lain yang melalui kawasan itu, adalah pemandangan biasa di kawasan kediaman berkenaan.

Dalam pada itu, DBKL memaklumkan sehingga tahun ini, terdapat 67 kawasan PA dan PPR yang terletak di 11 kawasan Parlimen Kuala Lumpur dengan sebanyak 61,534 unit telah ditawarkan kepada orang awam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: BERNAMA

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pramugari Malaysia Airlines (MAS), Zuhaimi Hashim, 60, menjadi perhatian netizen selepas video detik persaraannya selepas 40 tahun berkhidmat tular di TikTok. Pramugari MAS...

Sosial

Kehidupan Nur Faizah Khalid, 34, atau lebih dikenali sebagai Kakak Naga, berubah 360 darjah sejak namanya meledak di TikTok. Fenomena ini khususnya mendapat sambutan...

Sosial

Nama peguam keluarga Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, Hamid Ismail mula jadi perhatian umum sejak kebelakangan ini. Bukan sahaja kerana peranan besarnya dalam kes sensasi...

Lokal

Seorang wanita warga asing berusia 24 tahun diberkas polis selepas disyaki memandu secara berbahaya, melanggar tiga penunggang motosikal dan kemudian menyerang orang awam dengan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd