Kementerian Pendidikan (KPM) menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, mengenai pendidikan negara sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kelima, Parlimen Ke-15.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin, kementerian itu memaklumkan sedang memberi tumpuan terhadap pelaksanaan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 dan Kurikulum Baharu Prasekolah.
RPM 2026-2035 merupakan kesinambungan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang telah tamat pada tahun lalu, dengan matlamat utama meningkatkan mutu pendidikan demi kepentingan anak-anak Malaysia.
KPM Junjung Titah Agong
“Seperti yang dititahkan Sultan Ibrahim, RPM 2026-2035 memberi penekanan kepada usaha untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, mengukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris serta bahasa-bahasa lain sebagai nilai tambah kepada murid,” kata KPM.
Kementerian menegaskan, titah Seri Paduka Baginda akan dilaksanakan sepenuhnya demi penambahbaikan pendidikan negara dan kesejahteraan rakyat.
Artikel lain: RPN 2026–2035 Bakal Dilancar Selasa Ini, Perkukuh Ekosistem Pendidikan Negara
Baginda menekankan, sistem pendidikan negara perlu terus diperkasa sebagai asas pembangunan bangsa, pembentukan jati diri, serta penentu masa depan negara.
Sumber: Sinar Harian (Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan)









































