Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Koperal Polis Didakwa Pandu Bahaya Sehingga Sebabkan Remaja Maut

Seorang anggota polis berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di Gurun atas tuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun maut, minggu lalu.

Menurut laporan Bernama, Azhar Mat Saini, 52, didakwa memandu secara berbahaya kepada orang awam hingga menyebabkan kematian Muhammad Nur Iman Danial Mohd Roshidi iaitu penunggang motosikal, di lampu isyarat pekan Guar Chempedak di sini pada 9 malam, 28 Julai lalu.

Koperal polis didakwa pandu bahaya

Koperal polis

Foto: Media sosial

Dia didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda hingga RM50,000, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nik Nurhazirah Tuan Yahya manakala Azhar diwakili peguam S. Parameswaran.

Koperal polis

Foto: Bernama

Majistret Anis Suraya Ahmad membenarkan koperal polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Yan diikat jamin RM6,000, dengan seorang penjamin dan menetapkan 29 September depan untuk serahan dokumen.

Artikel lain: Nahas FRU: Suami Perlu Ditidurkan, Doakan Dia Cepat Sedar – Isteri Koperal Haslizal

Advertisement. Scroll to continue reading.

Axia dipandu koperal polis langgar lampu isyarat merah

Terdahulu dalam kejadian tersebut, Muhammad Nur Iman Danial parah selepas motosikalnya dilanggar kereta Perodua Axia dipandu anggota polis terbabit yang dipercayai melanggar lampu isyarat merah.

Koperal polis

Foto: Media sosial

Pelajar Tingkatan Empat itu meninggal dunia selepas tiga hari dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada malam Khamis lepas.

Sumber: Bernama

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Di sebalik gemerlap dunia media sosial, setiap penceritaan ada hikmahnya. Begitulah yang dapat dilihat melalui insiden melibatkan Kak Nab, seorang pempengaruh TikTok yang juga...

Sosial

Pempengaruh dan usahawan, Prince Syed meluahkan penghargaan terhadap ibunya yang disifatkan sebagai seorang wanita berjiwa besar, penyabar dan sentiasa membawa aura positif dalam institusi...

Sosial

Berita pertunangan Chazynash menarik perhatian ramai semalam apabila beliau berkongsi momen penting itu di media sosial. Majlis berlangsung di sebuah restoran, dengan kapsyen penuh...

Sosial

Dalam sunyi pagi yang bermula dengan doa dan ditutup dengan kelegaan penuh syukur, sebuah perjalanan panjang akhirnya menemui noktah yang bermakna. Kecekalan, disiplin serta...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd