Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kewujudan Kelas Tahfiz Di Penjara Antara Usaha Sokong Syiar Islam

Kewujudan Kelas Tahfiz Khairul Ummah di Penjara Kajang adalah usaha untuk menyokong syiar Islam bagi menerapkan ajaran tersebut dalam kalangan banduan.

Menurut laporan Harian Metro, Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Dr Ahmad Shahir Makhtar memaklumkan program pengajian tahfiz di Jabatan Penjara Malaysia adalah hasil kerjasama dengan Jabatan Penjara Malaysia.

Kewujudan kelas tahfiz di penjara

Artikel lain: Dipenjara 24 Tahun, Bekas Banduan Berjaya Khatam Al-Quran 120 Kali

“MAIS mengucapkan tahniah atas kejayaan Program Pengajian Tahfiz, Kelas Tahfiz Khairul Ummah, Penjara Kajang yang dirasmikan pada 24 November lalu.
“Tahniah atas usaha yang membanggakan dan berterusan dalam memulihkan banduan, tahanan dan penghuni penjara.
“Secara tidak langsung ia menyokong syiar Islam disemarakkan walaupun di penjara dan patut dicontohi oleh penjara yang lain,” katanya.

Bagi meneruskan kesinambungan pembelajaran al-Quran sehingga ke peringkat tahfiz di dalam penjara, program itu juga mendapat kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Universiti Islam Selangor (UIS).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, hanya banduan terpilih bakal mengikuti program pengajian itu meliputi pengajian al-Quran berteraskan kaedah 4T iaitu Talaqqi, Tadarus, Tadabbur dan Tahfiz.

“Sehingga kini, seramai 20 banduan terpilih mengikuti pengajian kelas tahfiz ini.
“MAIS amat berharap agar mereka yang terpilih mampu menjadi contoh kepada rakan lain dengan memanfaatkan masa membaca, menghafal dan mentadabbur isi kandungan al-Quran di samping mendalami pelbagai ilmu.
“Semoga usaha sebegini akan memberi peluang untuk mendapat ganjaran dan diberkati oleh Allah SWT,” ujarnya.

Sumber: Harian Metro (Norzamira Che Noh)

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dakwaan bahawa Hospital Bukit Mertajam akan dipindahkan untuk mengelak gangguan kuil adalah tidak benar dan berniat jahat, kata Ahli Lembaga Pelawat hospital itu. Ahli...

Dunia

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, hari ini mengarahkan penangguhan selama lima hari terhadap semua serangan ke atas loji tenaga dan infrastruktur Iran, susulan...

Lokal

Proses tatatertib terhadap seorang penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang menyentuh isu agama, kaum dan institusi diraja (3R) telah selesai baru-baru ini....

Lokal

Sepasang kekasih yang tular dalam sebuah video kerana didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh dalam keadaan berbogel di tanah perkuburan di Georgetown, Pulau Pinang direman...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd