Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KESUMA Beri Mandat Jadikan TalentCorp Sebagai Badan Pemikir Strategik

Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) telah memberi mandat kepada Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) untuk berkhidmat sebagai badan pemikir strategik KESUMA.

Menerusi satu kenyataan, Menterinya Steven Sim Chee Keong berkata, TalentCorp memainkan peranan penting berkerjasama dengan jabatan dan agensi Kementerian untuk menangani cabaran yang semakin berkembang dalam tenaga kerja di Malaysia.

“TalentCorp berada dalam kedudukan yang unik dalam memainkan peranan tersebut melalui pelbagai program yang dikhususkan untuk bakat tempatan dan global, serta menjalinkan kerjasama rentas kementerian, agensi, industri dan akademia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam mesyuarat pertama Future Skills Talent Council TalentCorp (FSTC) bagi sektor Elektrik & Elektronik (E&E) yang diadakan di Georgetown, Pulau Pinang pada 6 Mac lalu.

Foto: FB KESUMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Agensi itu juga bertanggungjawab merancang strategi bagi pembangunan dasar, advokasi, dan perancangan masa hadapan Kementerian.

“Kita berada dalam dunia yang semakin berpecah-belah dengan pasaran yang semakin mengecil.
“Sebagai pembuat dasar, kita perlu memahami landskap global, supaya kita kekal relevan dan kreatif untuk memanfaatkan peluang jangka pendek dan meletakkan asas untuk penyelesaian jangka panjang dan mampan,” ujarnya.

Beliau turut berkata, tanggungjawab yang diberikan kepada TalentCorp ini akan menjadi elemen tambahan seiring dengan fungsi utama agensi itu, dan tiada sebarang peruntukan tambahan diperlukan dalam menggalas mandat baharu ini.

Foto: FB KESUMA

Sementara itu, Steven Sim turut mengumumkan projek pertama yang akan dilaksanakan oleh TalentCorp untuk dijadikan bahan rujukan kepada penggubal dasar dan industri khususnya PKS dalam penyediaan tenaga kerja.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“TalentCorp telah dipertanggungjawabkan untuk menghasilkan laporan mengenai impak kecerdasan buatan, digitalisasi dan ekonomi hijau ke atas tenaga kerja dan landskap kerja Malaysia,” tambah beliau lagi.

Kajian itu melibatkan ahli Majlis FSTC dan akan dijalankan dalam dua fasa yang mana fasa pertama dijangka siap menjelang September 2024.

Written By Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular sebuah video memaparkan seorang bayi lelaki selamat dilahirkan di tepi jalan berhampiran Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang, dipercayai pada Ahad dalam keadaan hujan...

Sosial

Penulis muda yang juga pelajar Ijazah Sarjana Muda Penulisan Kreatif di ASWARA, Naim AlKalantani menegur sikap segelintir warganet yang keterlaluan menekan Menteri Pendidikan, Fadhlina...

Sosial

Seorang pramugari Malaysia Airlines (MAS), Zuhaimi Hashim, 60, menjadi perhatian netizen selepas video detik persaraannya selepas 40 tahun berkhidmat tular di TikTok. Pramugari MAS...

Sosial

Seorang wanita meluahkan rasa sebak apabila anaknya, Aisyah Sofia Rohaizan kini berada dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri selepas ditolak oleh rakannya. Menerusi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd