Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Simbah Asid Faisal Halim: Cap Jari Suspek Tiada Dalam Rekod JPN

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan hasil semakan tiga daripada lapan kesan cap jari yang ditemui di lokasi kejadian simbah asid pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim didapati tiada rekod sepadan ditemukan.

Foto: Google

Menerusi satu laporan Utusan, Ketua Polis Negara Tan Seri Razarudin Husain berkata, pihak polis telah mendapatkan bantuan daripada JPN untuk membuat semakan terhadap kesan cari jari yang sedang dianalisis oleh pihak forensik.

“Apabila JPN periksa, tiada sebarang rekod dalam sistem. Kemungkinan kesan cap jari ditinggalkan di pusat beli-belah itu bukan ibu jari.
“Bagaimanapun, pihak polis giat mencari bukti-bukti bagi siasatan kes tersebut,” katanya pada Ahad.

Foto: FB Faisal Halim

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, beliau melaporkan bahawa baki tiga lagi cap jari yang ditemui di lokasi berkenaan tidak mempunyai sebarang padanan dalam pangkalan data Polis Diraja Malaysia (PDRM), manakala lima daripada lapan kesan cap jari pula dilaporkan tidak cukup sifat pada 21 Mei lalu.

“Ia berkemungkinan individu berkenaan tidak pernah ditahan polis dan tidak memiliki rekod kesalahan lampau,” ujar beliau.

Foto: Siakap Keli

Sementara itu, pihak polis turut memaklumkan fotofit atau lakaran wajah individu disyaki sebagai suspek kejadian tersebut telah diedarkan kepada orang ramai selain menyeru kepada sesiapa yang mempunyai maklumat atau me­ngenali individu dalam lakaran itu diminta untuk tampil bagi membantu siasatan.

Sumber: Utusan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah di Jalan Raya Barat di sini...

Dunia

Isu tuntutan terhadap Sabah kembali menjadi perhatian apabila seorang senator Filipina menggesa Presidennya untuk menghidupkan semula tuntutan ke atas wilayah tersebut yang didakwa kaya...

Sosial

Perkongsian seorang anggota polis mengenai gelagat sekumpulan kanak-kanak yang datang beraya dipercayai di Balai Polis Pangkor, Perak mencuri perhatian ramai di media sosial. Menerusi...

Dunia

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mendakwa beliau pernah ‘ditawarkan’ untuk menjadi Pemimpin Tertinggi Iran, namun menolak cadangan tersebut dengan berkata, ‘tidak, terima kasih’....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd