Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Rompakan Laut Pertama Babit Warga Tempatan, Empat Lelaki Ditahan Maritim

Empat lelaki termasuk dua beradik ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) ketika sedang merompak di pelantar minyak di kedudukan 0.7 batu nautika, timur laut Jeti Tanjung Langsat, Kota Tinggi tengah hari semalam.

Menurut laporan Sinar Harian, kesemua suspek warga tempatan berusia 27 hingga 47 tahun itu menggunakan bot gentian kaca untuk mencuri kabel logam di bawah pelantar Aurora Producer 1.

Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, sebuah bot Maritim Malaysia kemudian tiba ke lokasi kejadian selepas menerima aduan berhubung kejadian tersebut.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, anggota menemui sebuah bot gentian kaca tanpa nombor pendaftaran bersama empat lelaki sedang menarik kabel di bawah pelantar minyak yang sedang dibaik pulih.
“Empat lelaki tersebut kemudiannya bertindak cuba menenggelamkan bot gentian kaca sebaik yang digunakan sebelum mereka terjun ke dalam laut, namun berjaya diselamatkan dan ditahan,” katanya pada satu sidang media hari ini.

Saiful Lizan berkata, pemeriksaan mendapati dua kru warga tempatan berusia 24 dan 32 tahun menjadi mangsa rompakan berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Mangsa berkata, pelantar itu dinaiki tiga lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang. Suspek menyerang, mengikat kaki, tangan dan mulut mangsa sebelum dikurung dalam sebuah kabin di atas pelantar.
“Mangsa terkurung selama dua jam sebelum berjaya melepaskan ikatan dan bersembunyi bagi menunggu ketibaan pihak berkuasa,” ujarnya.

Tambah beliau, kesemua suspek yang direman selama lima hari itu rekod jenayah lampau berkaitan pemilikan senjata dan dadah selain kes disiasat mengikut Seksyen 391 Kanun Keseksaan atas kesalahan rompakan berkumpulan.

“Selain kabel, suspek turut mencuri dua buah telefon bimbit milik mangsa. Jumlah kerugian masih dalam siasatan. Kami percaya kabel terbabit mempunyai nilai yang cukup tinggi di pasaran tempatan,” tambahnya.

Difahamkan, kejadian terbabit adalah rompakan laut pertama membabitkan warga tempatan kerana kes sebelum ini hanya membabitkan warga asing.

Sumber: Sinar Harian (Nor Azura Md Amin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar. Pempengaruh...

Lokal

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, enggan ulas dakwaan yang dilemparkan terhadapnya, sebaliknya menekankan kesediaannya untuk...

Lokal

6 Rangka Manusia Ditemui Dalam Rumah Terbakar? Polis menemukan rangka enam individu termasuk empat kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan di sebuah rumah yang...

Lokal

Seorang eksekutif operasi bank ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman dalam kejadian di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini pada Isnin....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd