Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Keracunan Makanan: Lima Individu Lain Sudah Diambil Keterangan

Polis Daerah Gombak melaporkan seramai lima lagi individu telah diambil keterangan bagi membantu siasatan lanjut berhubung kes keracunan makanan yang menyebabkan dua kematian baru-baru ini.

Menerusi satu laporan Buletin TV3, ketua polisnya Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, secara keseluruhan 13 individu sudah diambil keterangan  bagi membantu siasatan selepas lapan individu terdiri daripada pihak penganjur, ahli jawatankuasa, pengetua dan penyedia makanan.

Foto: malaysiaaktif.my

“Terbaru, lima individu diambil keterangan adalah ahli keluarga, doktor patologi dan pramusaji,” katanya.

Beliau juga berkata, pihak polis telah menerima dua laporan yang membabitkan dengan kes keracunan makanan tersebut pada 8 Jun lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Mangsa lain yang mengalami keracunan makanan sedang dikenal pasti untuk dirakam percakapan,” ujarnya.

Sebelum ini, polis mengesahkan kematian dua individu, iaitu seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dan remaja 17 tahun dipercayai berpunca daripada keracunan makanan yang disediakan di sebuah sekolah di Gombak.

Foto: Buletin TV3

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri Dr Ummi Kalthom Shamsudin pula dilaporkan berkata, keracunan makanan tersebut disyaki berpunca daripada sajian bihun goreng dan telur mata yang didakwa sudah berubah rupa dan rasa.

Untuk makluman, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) turut memaklumkan seramai 82 daripada 247 orang melaporkan ada mengalami gejala keracunan makanan selepas memakan sarapan pagi berkenaan semasa Program Kemahiran Amal Islami (Kamil) Peringkat Daerah Gombak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Buletin TV3

Written By Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tular di media sosial, seorang wanita membuat teguran secara terbuka terhadap pasangan yang didakwa sebagai kekasih di sebuah restoran makanan ringan di Setiawangsa. Menerusi...

Lokal

Tular di media sosial apabila seorang suami terkejut mendakwa terpaksa berkongsi kasih dengan lelaki lain apabila mengetahui dirinya telah dimadukan. Kejadian yang berlaku di...

Sosial

Seorang wanita tidak menyangka suami yang pernah menyambut kelahiran enam daripada tujuh orang anak mereka sendiri tergamak berlaku curang dan mengkhianati kepercayaan yang diberi....

Sosial

Cikgu E atau nama sebenarnya, Nassry Mardee Bin Ismail dikhabarkan telah meninggal dunia sebentar tadi. Telah menghembuskan nafas terakhir Perkara itu dinyatakan menerusi akaun...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd