Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kerajaan Peruntuk RM12.5 Juta, Naik Taraf Fasiliti SK Ulu Ansuan

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) cakna mengenai video tular seorang guru besar di Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Ansuan, Telupid, Sabah yang tidak mempunyai kediaman dan terpaksa tinggal di sekolah.

Menerusi satu kenyataan, KPM berkata pihak mereka memandang serius perkara ini kerana ia melibatkan kesejahteraan guru, murid dan seluruh warga sekolah.

Kerajaan peruntuk RM12.5 juta

https://www.facebook.com/KemPendidikan/posts/pfbid02Eq5SaBB2VDi1rYh6Amj5sQCiWJEJ72DwcGxVBbtAK1Zb7dvXaqANc5a5AvrxJXGHl

KPM telah mengambil tindakan untuk menambah baik akses dan fasiliti pendidikan di sekolah tersebut termasuk pembinaan blok akademik dan pentadbiran serta kemudahan lain seperti pembelian perabot baharu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut KPM, SK Ulu Ansuan juga telah diluluskan pembinaan empat kuarters baharu semasa pembentangan Belanjawan 2024 yang lalu.

“Kesemua projek penambahbaikan akses dan fasiliti di SK Ulu Ansuan melibatkan kos keseluruhan berjumlah RM12.5 juta.
“Bagi penyelesaian jangka pendek kediaman guru di sekolah tersebut pula, KPM telah siap melaksanakan projek selenggara kuarters dengan peruntukan RM200,000,” kata kenyataan tersebut hari ini.

Pada masa yang sama, KPM terus tekad untuk menambah baik akses dan fasiliti di semua sekolah di seluruh negara yang memerlukan perhatian.

Artikel lain: PLKN 3.0 Dilaksana Dua Fasa, Libatkan Pelajar Tingkatan 4 Dan Lepasan SPM

Hal ini bagi memastikan kesejahteraan, keselamatan dan kebajikan guru, murid serta seluruh warga sekolah terpelihara.

Terdahulu, tular satu video guru besar SK Ulu Ansuan, George Odol yang mendedahkan keadaannya yang tinggal di sebuah stor sekolah tersebut sejak ditempatkan pada tahun 2020.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya, beliau akan bersara pada 27 November ini selain mendedahkan telah tinggal di stor berkeluasan 2..74 meter lebar dan 4.87 meter panjang.

Hal itu disebabkan sekolah tersebut telah dibina tanpa ada kemudahan bagi kakitangan, terutama kemudahan rumah guru.

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Proses tatatertib terhadap seorang penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang menyentuh isu agama, kaum dan institusi diraja (3R) telah selesai baru-baru ini....

Lokal

Sepasang kekasih yang tular dalam sebuah video kerana didakwa melakukan perbuatan tidak senonoh dalam keadaan berbogel di tanah perkuburan di Georgetown, Pulau Pinang direman...

Lokal

Mahkamah Sesyen di sini memerintahkan Datuk Bandar Kuala Lumpur membayar ganti rugi berjumlah RM824,180 kepada sepasang suami isteri selepas anak lelaki mereka maut dihempap...

Lokal

Berkat mengumpul sampah, seorang warga emas dikenali Jaafar Idrus, 74, berjaya mengumpul dana sehingga RM8,000 bagi menampung kos pembedahan mata kirinya melalui aktiviti kitar...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd