Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Konflik Sempadan Kembali Cetus, Kemboja Tarik Diri Sukan Sea Thailand

Kemboja hari ini mengumumkan penarikan diri sepenuhnya daripada Sukan SEA 2025, susulan ketegangan sempadan dengan tuan rumah, Thailand, yang kembali memuncak dan memaksa ribuan penduduk di kedua-dua kawasan pertikaian dipindahkan.

Menurut pegawai, sekurang-kurangnya 11 anggota tentera dan orang awam dari kedua-dua negara terkorban dalam insiden terbaharu itu, sekali gus menggagalkan gencatan senjata yang sebelum ini ditaja Amerika Syarikat (AS).

Kemboja sebelum ini sudah menarik diri daripada lapan acara Sukan SEA, dengan Ketua Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan, Vath Chamroeun memetik faktor keselamatan sebagai punca.

Kemboja tarik diri Sukan Sea

Kemboja tarik diri Sukan Sea

Namun, pegawai kanan Sukan SEA, Akarin Hiranprueck mengesahkan bahawa negara itu tidak lagi akan menyertai temasya berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kemboja sudah menarik diri,” katanya kepada AFP.

Sukan SEA akan berlangsung sehingga 20 Disember ini di Bangkok serta wilayah pesisir Chonburi, membabitkan ribuan atlet dari seluruh Asia Tenggara.

Temasya itu merangkumi pelbagai disiplin sukan termasuk bola sepak, lawan pedang, papan luncur, pelayaran dan sukan tempur.

Bagaimanapun, pertempuran terbaharu antara Thailand dan Kemboja berhubung pertikaian sempadan lama minggu ini jelas mencemari penganjuran temasya sukan berkenaan.

Keselamatan turut dipertingkat pada upacara pembukaan di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok malam tadi, yang dihadiri kerabat diraja Thailand dan menampilkan idola K-Pop kelahiran Thailand, BamBam. Delegasi kecil dari Kemboja juga dilapor menyertai perarakan atlet.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Sukan SEA: Angkasawan Negara Pimpin Skuad Taekwondo, Sasaran Dua Emas!

Kemboja tarik diri Sukan Sea

Pertempuran minggu ini merupakan yang paling serius sejak insiden lima hari pada Julai lalu yang meragut puluhan nyawa sebelum gencatan senjata dicapai, sebahagian besarnya hasil campur tangan Presiden Amerika Syarikat ketika itu, Donald Trump.

Kedua-dua negara saling menuduh pihak lawan mencetuskan pertempuran baharu, yang semalam dilaporkan merebak ke lima wilayah di Thailand dan Kemboja, menurut kiraan AFP berdasarkan laporan rasmi.

Lebih 500,000 penduduk turut dilaporkan berpindah ke kawasan selamat di kedua-dua negara sejak ketegangan sempadan kembali memuncak, angka yang melebihi jumlah pelarian semasa insiden serupa awal tahun ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pertikaian sempadan Thailand–Kemboja berpunca daripada perbalahan lebih satu abad mengenai peta era penjajahan Perancis, dengan kedua-dua pihak menuntut beberapa kawasan kuil di sepanjang garisan sempadan sebagai milik mereka.

Sumber: AFP

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tindakan dua individu berpakaian mencolok mata ketika melakukan senaman aerobik di Bukit Badong mencetuskan kemarahan ramai pengguna media sosial. Rakaman video yang dimuat naik...

Sosial

Sunway Medical Centre, Sunway City menafikan dakwaan palsu yang tular di media sosial berhubung pengabaian rawatan terhadap seorang pesakit dari Indonesia, sambil menegaskan semua...

Nasional

Kerajaan akan melancarkan Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026–2035, sebuah rancangan strategik yang merangkumi keseluruhan ekosistem pendidikan negara daripada peringkat sekolah hingga pendidikan tinggi. Majlis...

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd