Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kelab Kucing Malaysia Gesa Siasatan Terperinci Kes Penganiayaan Kucing Di UM

Kelab Kucing Malaysia (KKM) menggesa pihak berkuasa melaksanakan siasatan terperinci kes kematian misteri beberapa ekor kucing di Universiti Malaya (UM) baru-baru ini.

Memetik laporan Harian Metro, Presidennya, Khalid Rashid berkata, ia kerana kesan pada kucing malang tersebut agar mencurigakan kerana terdapat kesan dipotong di bahagian tertentu pada badan haiwan itu berbanding diserang anjing liar yang kebiasaanya hanya perut akan terburai.

Siasatan Terperinci Kes Beberapa Kucing UM

Siasatan Terperinci Kes

Foto: Harian Metro

Beliau berkata demikian pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Brit Malaysia dan Lembaga Kebajikan Haiwan di Subang, pada Ahad.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kita juga tidak pasti apa puncanya dan dikatakan ia kerana (serangan) anjing tetapi pada pandangan saya yang sudah banyak menyelamatkan kucing, (kecederaan kucing berkenaan) tidak kena pula kalau dikatakan dimakan atau didera (diserang) anjing liar.
“Cara matinya lain jadi saya berharap pihak berkuasa boleh bantu menjalankan siasatan dengan lebih terperinci dan telus dalam kes ini. Kalau anjing buat (serang), selalunya anjing akan menerkam leher atau perutnya (kucing) terburai dan jarang nak makan habis tetapi kaki (kucing dalam kejadian itu) macam dipotong,” katanya.
siasatan Terperinci Kes

Foto: Kosmo! Online

Tambahnya lagi, beliau berharap kejadian itu dapat disiasat semula dengan lebih terperinci dengan turut membabitkan pihak atau individu yang mempunyai kepakaran dalam perkara berkenaan.

Terdahulu, seekor kucing dinamakan ‘Lily’ ditemui mati dalam keadaan menyayat hati apabila keempat-empat kakinya seperti dipotong dan mempunyai luka besar pada badan di universiti itu.

Media turut melaporkan dua ekor kucing lagi ditemui mati dalam keadaan menyayat hati di Fakulti Perniagaan dan Ekonomi UM.

Polis mendapati kematian kucing terbabit dipercayai akibat serangan anjing liar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Instagram @hopeforstraysss

Artikel lain: Profesor UM Didakwa Hantar Gambar Bogel Kepada Pelajar

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa dilaporkan berkata, pihaknya menerima tiga laporan berhubung kejadian itu pada Isnin, Jumaat dan Sabtu lalu.

Menurut Rusdi, tiada saksi yang melihat kejadian namun hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan universiti berkenaan mendapati, terdapat sekumpulan anjing liar bertindak menyerang kucing terbabit.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau melaporkannya ke balai polis berhampiran.
Warganet juga boleh menyalurkan sebarang aduan secara rasmi sekiranya terdapat kes penganiayaan haiwan kepada JPV di pautan awa.dvs.gov.my. agar tindakan tegas dapat diambil.
Sumber: Harian Metro (Noor Hidayah Tanzizi)

Written By Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Insiden menyayat hati melibatkan bot pelancong terbalik di perairan Pulau Perhentian pada malam Sabtu lepas kini mengundang kemarahan ramai apabila pemandu bot terbabit disahkan...

Lokal

Tiga mayat yang dipercayai merupakan sekeluarga ditemukan dalam keadaan mereput di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal di Seremban pada petang Selasa. Menurut laporan...

Lokal

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak melakukan perkara-perkara khurafat di kawasan perkuburan mangsa nahas bas di Gerik,...

Sosial

Tular satu video di media sosial memaparkan seorang lelaki warga emas dihalau keluar daripada surau Musolla Halaman 11, Bandar Rimbayu, hanya kerana duduk beriktikaf...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd