Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kayuhan Sejuta Kasih PTPTN Erat Hubungan Masyarakat, Bantu Golongan Memerlukan

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menganjurkan Program Kayuhan Sejuta Kasih PTPTN 2025, yang turut mendapat perkenan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Kayuhan Sejuta Kasih PTPTN 2025

Acara yang berlangsung di Kompleks Sukan Tuanku Syed Faizuddin Putra, UiTM Cawangan Perlis, pada Sabtu lalu itu melibatkan lebih 100 peserta, termasuk pengurusan tertinggi PTPTN, agensi kerajaan, pihak swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawan.

Kayuhan Sejuta Kasih PTPTN

PTPTN dalam kenyataannya berkata, penganjuran Kayuhan Sejuta Kasih PTPTN 2025 kali kedua ini bukan sekadar aktiviti riadah, tetapi platform untuk mengukuhkan hubungan masyarakat dan menyantuni golongan memerlukan.

Kayuhan Sejuta Kasih PTPTN 2025 adalah sebahagian daripada komitmen tanggungjawab sosial korporat (CSR) PTPTN dalam membantu komuniti. Melalui inisiatif seperti ini, kami berharap dapat menyebarkan manfaat Simpan SSPN, di samping meringankan beban asnaf dan pelajar kurang berkemampuan,” menurut kenyataan itu.

Selain kayuhan, Tuanku Syed Faizuddin turut mengurniakan sumbangan kotak makanan kepada tiga keluarga asnaf serta akaun Simpan SSPN Prime kepada tiga anak asnaf selain PTPTN juga menyerahkan bantuan kepada Maahad Tahfiz Al-Hikmah yang melibatkan wang tunai dan akaun Simpan SSPN Prime kepada 60 pelajar.

 Kayuhan Sejuta Kasih PTPTN

Menurut PTPTN, Simpan SSPN menawarkan pelbagai keistimewaan kepada masyarakat Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Selain jaminan kerajaan, pendeposit berpeluang menikmati pelepasan cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful percuma dan kadar dividen kompetitif. Ini menjadikan Simpan SSPN bukan sekadar tabung pendidikan, tetapi instrumen simpanan yang berdaya guna untuk jangka masa panjang,” jelasnya.

Artikel lain: 400,000 Peminjam PTPTN Tidak Pernah Bayar Balik, Nilai Pinjaman Cecah RM5 Bilion

Dalam majlis sama, PTPTN turut menyampaikan Bantuan Lestari Siswa MADANI bernilai keseluruhan RM17,500 kepada 35 pelajar daripada Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), UiTM Cawangan Perlis dan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS), dengan setiap penerima mendapat RM500 secara one-off.

Kayuhan Sejuta Kasih PTPTN

Tambah PTPTN, pihaknya akan terus mengukuhkan kerjasama strategik dengan pelbagai pihak untuk memastikan manfaat program CSR dapat dirasai masyarakat.

“Kami mahu membina hubungan strategik dengan pelbagai pihak, bukan sahaja untuk melaksanakan program CSR, tetapi untuk memastikan manfaat Simpan SSPN dapat disampaikan kepada lebih ramai,” menurut kenyataan itu lagi.

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pegawai kanan sebuah kementerian direhatkan daripada tugas serta-merta susulan dakwaan ditangkap khalwat di Kota Kinabalu, Sabah, baru-baru ini. Tular video pegawai kanan kementerian...

Lokal

Tular di media sosial, seorang wanita membuat teguran secara terbuka terhadap pasangan yang didakwa sebagai kekasih di sebuah restoran makanan ringan di Setiawangsa. Menerusi...

Sosial

Seorang graduan Universiti Utara Malaysia (UUM) tidak pernah terlintas dalam fikirannya bahawa suatu hari akan melalui tempoh panjang sebagai tahanan di Penjara Alor Setar....

Sosial

Sebuah video yang kini tular di media sosial memaparkan insiden mengejutkan melibatkan seorang pekerja Zus yang disimbah dipercayai air kopi oleh seorang pelanggan perempuan....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd