Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Kawan Baik Dirasuk Vina Sekali Lagi, Netizen Dakwa Linda Hanya Pura-Pura Disampuk?

Selepas lama dicari, kawan baik kepada Vina iaitu Linda dilaporkan akhirnya muncul dalam keadaan dirasuk oleh roh sahabatnya untuk memberikan petunjuk dan netizen mendakwa wanita tersebut berpura-pura disampuk.

Menerusi laman Instagram, seorang peguam di Indonesia, @hotmanparisofficial memuat naik sebuah video  yang memperlihatkan seorang wanita dipercayai sebagai Linda itu sedang menangis dihadapan beberapa lagi individu, pada Ahad.

Foto: IG Hotman Paris

Dalam video tersebut, Linda yang kononnya disampuk Allahyarham Vina itu dilihat membuat pendedahan berhubung insiden lapan tahun lalu dengan menyebut satu nama yang dikenali sebagai Mel Mel.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nama tersebut dipercayai merupakan salah seorang individu yang turut terlibat bersama 11 orang pelaku yang telah melakukan jenayah seperti memukul dan merogol teman baiknya sehingga menyebabkan kematian pada tahun 2016.

Foto: Media sosial

Difahamkan, bukan sahaja Hotman dan pasukan guamnya datang ke tempat berkenaan bagi mendapatkan keterangan, namun pihak polis juga berada di lokasi memandangkan wanita itu merupakan saksi untuk membantu siasatan.

Namun begitu, apabila menjengah ke ruangan komen video tersebut, rata-rata netizen dilihat meragui keadaan dan kata-kata yang diucapkan oleh Linda sekali gus mendakwa wanita tersebut sedang berlakon bagi menutup kebenaran kes pembunuhan ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kena sampuk atau takut orang curiga dia dalang pembunuhan?

 

Linda cuma buat-buat dirasuk sebab orang yang terlibat bukan sebarangan…

Hati-hati takut kita pun terikut kena sampuk juga…

Sekadar info, pelaku-pelaku yang membunuh remaja berusia 16 tahun itu mula menjadi perbualan dan perbincangan hangat di media sosial sejak filem ‘Vina: Sebelum 7 Hari’ mula di tayangkan di pawagam.

Sumber: Instagram @hotmanparisofficial

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nadhirah Suhaimi
Written By Nadhirah Suhaimi

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Hasrat seorang anak muda untuk menghadiahkan coklat kepada anak-anak Gaza akhirnya tidak kesampaian, apabila beliau bersama 16 aktivis Malaysia lain ditahan oleh IDF ketika...

Nasional

Lebih 200 ilmuwan dari dalam dan luar negara bakal berkumpul di Persidangan Agung Karya Agung Melayu (PAKAM 2025) yang akan berlangsung di Putrajaya, pada...

Sosial

Terkini, sebuah lagi kapal yang berlayar dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang membawa dua aktivis Malaysia, Zainal Rashid Ahmad (ZRA) dan Muhammad...

Sosial

Doa seorang sukarelawan Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), Muhammad Hareez Adzrami atau Haroqs, agar rakyat Palestin dikurniakan rezeki, menjadi nyata apabila tular video...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd