Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Isu Rumah Tangga, Kakak Pertahan Haqiem Stopa – “Belum Pernah Jumpa Lelaki Sesabar Awak”

Kakak kepada ikon permotoran, Haqiem Stopa meninggalkan menitipkan pesanan sebagai tanda sokongan buat adiknya yang sedang diuji dengan masalah rumah tangga.

Kakak pertahan adik

Kakak pertahan adik haqiem stopa

Menerusi perkongsian di Threads, netizen berkongsi satu tangakap layar memaparkan wanita itu memesan agar adiknya kembali bangkit dan tidak hanyut dengan kesedihan berterusan.

“Sentiasa pesan kat dia, berjuanglah, defendlah bangkitlah jangan menipu dan jangan buat bukan-bukan,” tulisnya.

Dalam pada itu, dia turut mengingatkan untuk Haqiem menjadi ketua kelurga yang bertanggungjawab dan mengakui adiknya merupakan seorang lelaki yang sangat penyabar.

“Buatlah yang terbaik untuk anak dan isteri, saya belum pernah jumpa lelaki sesabar awak dik,” terangnya.

Dalam perkongsian berasingan di TikTok, dia juga meninggalkan sedikit nasihat ringkas iaitu jangan berkongsi masalah rumah tangga kepada khalayak ramai kerana ia dianggap sebagai tindakan yang kurang bijak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Manusia waras memang takkan cerita kepada umum,” terangnya lagi.

Perkongsian itu telah mendapat pelbagai reaksi balas daripada warganet dan rata-ratanya menganggap Haqiem tidak bertindak seperti yang dinasihatkan oleh kakaknya malah tidak bersetuju dengan cara wanita itu memberi teguran kerana umpama berat sebelah.

Nak suruh sabar macam mana?

Nak pertahankan adik berpada-pada

Terpaling memahami

Sebelum ini, isteri kepada Haqiem,  Aireena Sofia mendakwa suaminya itu sekali lagi berlaku curang dengan seorang gadis berusi 18 tahun.

Pendedahan tersebut telah menarik perhatian netizen yang rata-ratanya terkejut dan bersimpati dengan nasib Aireen lebih-lebih lagi dia baru sahaja menimang cahaya mata.

Artikel lain: Dituduh Tiru Resepi, Haqiem Stopa Kekal Tenang! Isteri Nafi Terlibat

Untuk info, Haqiem Stopa dan Aireena Sofia mendirikan rumah tangga pada 11 Oktober tahun lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang bayi lelaki bernama Hud yang kini berusia tiga bulan.

Sumber: Threads @matchaaa02025

Written By Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah seorang pemuda, Amirrul Mukminin bin Mohd Zain yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang ke Kelantan dari tempat kerjanya,...

Spotlight

Nama pelakon Indonesia, Jefri Nichol menjadi bualan hangat di media sosial selepas satu perkongsian memaparkan dirinya berpelukan mesra dengan seorang wanita yang didakwa sebagai...

Lokal

Keluarga Allahyarham Syakirah Hanan Mazli, 25, reda dan berlapang dada menerima permohonan maaf daripada keluarga pemandu kereta Honda Jazz yang terbabit dalam kemalangan ngeri...

Lokal

Seorang wanita tempatan yang sebelum ini dilaporkan hilang selepas melawat suaminya di Hospital Shah Alam kelmarin telah ditemui dalam keadaan selamat. Menurut laporan BH...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd