Seorang jutawan kripto Rusia dan isterinya ditemui mati dalam keadaan mengerikan di Emiriah Arab Bersatu selepas dipercayai menjadi mangsa culik oleh kumpulan yang menyamar sebagai pelabur.
Jutawan Kripto dikenali sebagai penipu licik
Menurut laporan Daily Mail, Roman Novak, 38, dan isterinya Anna yang menetap di Dubai dilaporkan hilang selepas memandu ke kawasan pergunungan Hatta untuk bertemu individu yang kononnya mahu melabur dalam perniagaan mereka.

Foto: Daily Mail
Sebelum kejadian, Novak baru membeli sebuah kereta koleksi mewah jenis AC Cobra dan sempat menghantar mesej meminta bantuan wang sebanyak 152,000 pound (RM900,000) mendakwa dirinya terperangkap di sempadan Oman.
Tidak lama selepas itu, semua komunikasi dengannya terputus.
Artikel lain: Warga Emas Dibunuh Anak Sendiri, Ramalan Lima Tahun Lalu Jadi Kenyataan
Beberapa hari kemudian, telefon pasangan itu dikesan di Hatta, Oman dan Cape Town dipercayai sengaja dihidupkan oleh pembunuh bagi mengelirukan pihak berkuasa.
Akhirnya, mayat mereka ditemui dalam keadaan dikerat dan ditanam di padang pasir selepas laporan kehilangan dibuat oleh keluarga di Rusia.

Foto: Daily Mail
Siasatan mendapati tiga warga Rusia iaitu bekas pegawai penyiasat jenayah Konstantin Shakht, 53 tahun, serta dua bekas tentera perang Ukraine, Yury Sharypov, 46 tahun, dan Vladimir Dalekin, 45 tahun, menjadi dalang utama.
Mereka dikatakan memancing pasangan itu untuk mendapatkan kata laluan dompet kripto milik Norvak.
Namun apabila mendapati dompet tersebut kosong, mereka bertindak membunuh dan memotong mayat mangsa sebelum menanamnya.
Pihak berkuasa Emiriah menemui kesan darah Anna di sebuah vila, di dalam kereta sewa yang digunakan suspek serta beberapa bilah pisau berhampiran lokasi kejadian.

Foto: Daily Mail
Ketiga-tiga suspek kini ditahan di Rusia manakala lima lagi individu muda turut disiasat.
Novak sebelum ini pernah dipenjara atas kes penyelewengan dan sedang disiasat kerana didakwa menipu pelabur dengan jumlah kerugian mencecah 38 juta pound.
Walaupun sering mempamerkan gaya hidup mewah serta mendakwa mengenali tokoh terkenal seperti pemilik Telegram Pavel Duroy, media Rusia menyifatkannya sebagai penipu licik yang bijak memperdaya orang ramai.
Anak-anak pasnagan malang itu kini dijaga oleh keluarga Anna di Rusia.
Sumber: Daily Mail (Taryn Kaur Pedler, Foreign News Reporter & Will Stewart)







































