Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Justin Bieber Tangguh Konsert Di KL, Boleh ‘Refund’ Tiket Mulai Hari Ini

Selepas beberapa kali khabar angin bahawa konsert penyanyi antarabangsa, Justin Bieber di Kuala Lumpur bakal ditunda, nampaknya pihak penganjur telah mengiyakan hal tersebut apabila memuat naik maklumat berkenaan di media sosialnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Risau keadaan kesihatan Bieber

Konsert yang sepatutnya berlangsung pada 22 Oktober ini di Stadium Negara telah ditunda berikutan kondisi penyanyi tersebut yang masih belum sepenuhnya sihat dan sedang dalam proses pemulihan selepas mengalami masalah kelumpuhan wajah berpunca sindrom Ramsay Hunt awal tahun ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Boleh refund mulai hari ini

Walau bagaimanapun, pihak PR Worldwide memaklumkan bahawa tarikh konsert mungkin akan di anjak ke tahun hadapan dan tiket yang sudah dibeli masih boleh digunakan kelak. Namun, jika ada yang mahu ‘refund’, mereka terbuka untuk membayar semula harga tiket yang telah dibeli.

Susulan pengumuman rasmi AEG Presents dan PR Worldwide, kami memaklumkan Justice World Tour Kuala Lumpur ditunda.

“Tarikh baharu konsert akan diumumkan penganjur sebaik ditetapkan.
“Tempoh 14 hari antara 7 hingga 20 Oktober akan dibuka kepada pemegang tiket untuk menghantar permohonan sama ada terus memegangnya atau mahu dikembalikan.
“Tiket dibeli masih sah digunakan pada tarikh baharu dan tiada kos tambahan dikenakan. Tiket baharu akan diberikan kepada mereka sebaik konsert dijadualkan semula,” kata 
“Pengembalian wang akan mengambil masa sehingga 30 hari bergantung kepada pemprosesan bank. GoLive Asia akan menghubungi pembeli untuk arahan lanjut jika ada masalah transaksi,” tulisnya.
View this post on Instagram

A post shared by Justin Bieber (@justinbieber)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, siri jelajah dunia yang sepatutnya berlangsung pada tahun 2020 tidak dapat dilakukan kerana dunia ketika itu sedang dilanda pandemik.

Walau bagaimanapun, Bieber sempat mengadakan beberapa konsert jelajah di negara Eropah sebelum memaklumkan tentang kondisi kesihatannya yang mengalami lumpuh sebelah muka secara tiba-tiba.

Disebabkan itu, beberapa konsert terpaksa ditangguhkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Instagram PR Worldwide

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah di Jalan Raya Barat di sini...

Dunia

Isu tuntutan terhadap Sabah kembali menjadi perhatian apabila seorang senator Filipina menggesa Presidennya untuk menghidupkan semula tuntutan ke atas wilayah tersebut yang didakwa kaya...

Sosial

Perkongsian seorang anggota polis mengenai gelagat sekumpulan kanak-kanak yang datang beraya dipercayai di Balai Polis Pangkor, Perak mencuri perhatian ramai di media sosial. Menerusi...

Dunia

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mendakwa beliau pernah ‘ditawarkan’ untuk menjadi Pemimpin Tertinggi Iran, namun menolak cadangan tersebut dengan berkata, ‘tidak, terima kasih’....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd