Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

JPPKK Komited Tingkat Peratus Graduan Peroleh Gaji Premium

Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) komited untuk meningkatkan peratus graduan memperoleh gaji premium.

Ketua Pengarah JPPKK, Dr. Mohd Zahari Ismail berkata, perkara tersebut adalah selaras dengan saranan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin baru-baru ini.

JPPKK komited tingkat peratus graduan peroleh gaji premium

Beliau berkata demikian pada Sidang 2 Majlis Konvokesyen Ke-15 Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) di Arau, Perlis pada Selasa.

“Bagi memastikan ianya dapat dicapai, pelbagai usaha telah dilaksana. Antaranya menyediakan kurikulum berpacukan industri, merancakkan jalinan kolaborasi industri berimpak tinggi.
“Selain itu, kerjasama merentas kementerian juga agnesi serta pemantapan platform yang berupaya memadankan keperluan industri dan bidang graduan,” katanya.

Dr. Mohd Zahari berkata, POLYCC yang kini berdiri dengan kekuatan 36 buah Politeknik dan 105 buah Kolej Komuniti dengan meliputi seramai 10,000 pensyarah dan 100,000 pelajar.

Artikel lain: JPPKK Terima Peruntukan RM13 Juta Bagi Pelaksanaan TVET Digital

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kehadiran pensyarah dan pelajar ini merupakan penyumbang tenaga kerja teknikal terbesar negara iaitu sebanyak 40 peratus di pelbagai sektor.

“Usaha ini adalah selari dengan komitmen melaksanakan Teras Strategik utama JPPKK iaitu melahirkan graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
“Graduan TVET yang berkualiti adalah untuk acuan Malaysia Madani yang menepati keperluan industri di peringkat nasional dan global,” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata akses ke TVET telah diperluas dengan memperkenalkan program baharu iaitu Asasi TVET sebagai laluan ke universiti teknikal di Malaysia.

Pada masa yang sama, PTSS merupakan antara lima politeknik yang turut menawarkan program sama pada ketika ini dan telah menerima 86 pelajar.

“POLYCC juga telah memperluaskan akses kepada golongan komuniti rentan dengan penawaran Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dan membuka ruang kepada pelajar tahfiz untuk mengikuti  Program Tahfiz TVET,” jelasnya.

Disamping itu, beliau turut menyatakan kadar kebolehpasaran graduan seluruh Politeknik Malaysia pada 2022 telah mencatatkan peratusan 95.32 peratus manakala Kolej Komuniti pula menunjukkan peratusan sebanyak 96.99 peratus.

“Hasilnya, POLYCC berjaya melepasi kadar kebolehpasaran graduan 90 peratus sepanjang tiga tahun berturut-turut. Ini menunjukkan pencapaian bagi permintaan pasaran kerja terhadap graduan adalah tinggi dan berterusan,” katanya.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Nama peguam keluarga Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, Hamid Ismail mula jadi perhatian umum sejak kebelakangan ini. Bukan sahaja kerana peranan besarnya dalam kes sensasi...

Sosial

Baru-baru ini, sebuah pejabat kerajaan di Putrajaya dikecohkan dengan kejadian gangguan entiti seram yang tular di media sosial. Rakaman video dan gambar yang dikongsi...

Lokal

“Dia memang seorang adik yang baik. Walaupun bongsu daripada 15 beradik, dia sanggup bekerja siang malam demi menyara keluarga.” Itu luahan abang kepada Zulazren...

Sosial

Seorang bayi perempuan yang baru berusia 10 hari diberi nama sama seperti pelajar Tingkatan Szatu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang meninggal dunia pada 17...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd