Ditiup angin, terlorot lalu berkibar dalam keadaan terbalik menjadi punca Jalur Gemilang ‘lari’ dari kedudukan asal yang dipasang di sebuah kilang di Batu Berendam, Melaka.
Jalur Gemilang terbalik di kilang
Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halim berkata, beliau melihat sendiri rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) kilang tersebut berhubung insiden berkenaan.
“Saya dah tengok rakaman CCTV Texas Instruments Melaka, yang mana sebenarnya bahagian bawahnya yang diikat pada tiang dah terlorot, tersangkut dan terbalik.
“Lepas terbalik, ia berkibar dan masa inilah Bendera Kebangsaan diambil gambar sebelum ditularkan sedangkan sebenarnya ia terlorot,” katanya pada Ahad.
Mohd Noor Helmy berkata demikian menerusi sebuah hantaran video berdurasi 52 saat yang dimuat naik di laman Facebook rasminya.
“Mat dah tengok rakaman CCTV Texas Instruments Melaka. Tercabut, tersangkut dan terbalik. Nasib baik ada CCTV walaupun puas nak belek-belek.
“Yang tukang gantung bendera tu pun dah tak tentu arah hidup dia. Nanti kay tunggulah kenyataan rasmi kilang. Ni kenyataan daripada saya je sebelum benda bukan-bukan berlaku,” tulisnya di ruangan kapsyen pada hantaran tersebut.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menganggap insiden terbabit boleh dimaafkan kerana ia bukan kesalahan yang sengaja dilakukan oleh pihak kilang.
Artikel lain: Papar Jalur Gemilang Secara Tak Wajar Boleh Dikenakan Tindakan Undang-Undang -AGC
Biar undang-undang tentukan
Boleh diterima, ada bukti
Beza tak sengaja dengan sengaja tu
Pada masa sama, segelintir netizen memuji tindakan Mohd Noor Helmy menggunakan pendekatan lebih ‘tenang’ dengan mencari bahan bukti melalui CCTV apabila timbulnya isu Jalur Gemilang terbalik.
Ada bahasa dan adab
Cara macam ni bagus
Nampak pemimpin berintegriti
Sumber: Facebook Mohd Noor Helmy
