Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Isu Budak Meraung Dalam Feri, Lelaki Mohon Maaf -“Jangan Doakan Isteri Aku Bukan2”

Lelaki yang tular selepas menegur ibu bapa kerana membiarkan anak meraung dalam feri akhirnya tampil membuat permohonan maaf kepada semua yang tersinggung dengan kenyataannya.

Minta maaf sebab tegur anak meraung dalam feri

Menerusi video di TikTok, dia menjelaskan bahawa niat asal hanyalah mahu bertanya pandangan, bukan untuk menyalahkan sesiapa.

“Aku minta maaf kepada mak bapa yang ada di Malaysia yang tersinggung dengan kenyataan itu.
“Tujuan aku muat naik video itu adalah kepada ibu bapa yang pernah alami situasi macam tu… Apa kami perlu buat bila ada anak nanti?” katanya.

Tak padam video anak meraung dalam feri sebab dah tersebar luas

Katanya, walaupun menerima kecaman hebat, dia enggan memadam video tersebut kerana ia sudah pun tersebar luas di media sosial.

“Aku bukan tak nak padam tapi ia dah tersebar luas… Kalau padam orang kata tak bertanggungjawab. Sekarang aku bertanggungjawab,” jelasnya.

Minta tak doakan isteri perkara tak baik

Walau bagaimanapun, lelaki tersebut menyatakan bahawa apa yang paling dikesalkan adalah isterinya turut terkena tempias kecaman netizen hanya kerana wajahnya muncul dalam video tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Jangan sampai mendoakan bini aku yang bukan-bukan… Benda ni aku yang buat. Kenapa muka bini aku macam tu? Sebab dia tak sihat,” ujarnya lagi.

anak meraung dalam feri

Artikel lain: Bertongkat Turun Naik Mahkamah, Polis Sebak Lihat Mak Cik Bawa Wang Ikat Jamin Anak Penagih

Menurutnya, dia sama sekali tidak berniat mahu menghentam mana-mana ibu bapa sewaktu memuat naik hantaran kerana hanya mahu belajar apa yang perlu dilakukan jika situasi tersebut berlaku kepadanya kelak.

“Aku tak pertahan apa-apa… Aku cuma minta maaf sebab korang terasa dengan kenyataan aku sebelum ni,” katanya.

Terdahulu, dia dikecam selepas menyuarakan rasa tidak selesa apabila kanak-kanak menangis lebih sejam dalam feri dari Langkawi ke Kuala Kedah.

Sumber: TikTok Aeryll

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pendaki Malaysia meninggal dunia selepas  terjatuh ke dalam jurang sedalam lebih 100 meter ketika menuruni laluan mencabar di Gunung Rinjani, semalam. Insiden menyayat...

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Nasional

Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini melawat Kem Kabota, Sabah bagi meninjau pelaksanaan inisiatif MADANI yang menfokuskan kepada kesejahteraan warga ATM...

Spotlight

Pelakon sensasi Indonesia, Jefri Nichol masih teruna dan akui hilang tawaran kerja melibatkan kerjasama dengan beberapa jenama terkenal susulan dakwaan meniduri lebih 20 wanita....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd