Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Isteri-Isteri Sporting Habis! Lelaki ‘Tuah Badan’ Dapat Berkahwin Kali Ketiga

Tular di media sosial sebuah video yang memaparkan seorang lelaki yang dipercayai dari Indonesia telah mengahwini isteri ketiganya di sebuah majlis perkahwinan dengan dihadiri para tetamu termasuklah dua orang isterinya.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, kelihatan seorang lelaki sedang bergambar bersama isteri pertama dan keduanya dengan disertai oleh isteri baharunya telah mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

@mifth_makeup

Membalas @Imoenk89 cantik cantik kan #GenshinImpact34 #poligami

♬ Dj Viral Ingin Ku Teriak Bilang I Love You – MR STRONG CSS

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut laporan Wolipop, seorang wanita yang dikenali sebagai Alqia Zahra, 20, merupakan isteri ketiga dalam rumah tangga tersebut memaklumkan dia telah mengenali suaminya secara tidak sengaja.

“Pada 6 Disember 2022, kami bertemu secara tidak sengaja dan kebetulan, suami mengenali bapa saya. Pada awalnya, dia bergurau mengenai hasrat menjadikan saya isteri ketiga, namun ternyata memang kami berjodoh,” katanya.

Bukan itu sahaja, Alqia turut mendedahkan dia telah mendapat restu daripada dua orang lagi madunya itu telah merestui hubungan tersebut.

Difahamkan juga, isteri kedua suaminya itu sedang hamil namun Alqia luah rasa kagum dengan kesabaran serta personaliti wanita terbabit.

“Madu-madu saya ternyata orang yang amat penyabar, apatah lagi isteri pertama. Entah bagaimana yang boleh membuatkan dia mempunyai rasa sesabar itu. Isteri kedua pula kini sedang hamil, namun dia tetap sabar dan baik hati. Mereka semua orang yang hebat,” ujarnya lagi.

Bahkan, isteri kedua lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Lutvi Seftia Rahmat, 21, itu memberitahu dia sudah memberi keizinan kepada suaminya untuk bernikah lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Wolipop (Gresnia Arela Febriani)

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pendaki Malaysia meninggal dunia selepas  terjatuh ke dalam jurang sedalam lebih 100 meter ketika menuruni laluan mencabar di Gunung Rinjani, semalam. Insiden menyayat...

Sosial

Seorang rider wanita tahan sabar apabila diamuk tuan rumah hanya disebabkan tindakannya membunyikan hon kerana pembeli enggan keluar mengambil pesanan yang dihantar. Rider wanita...

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan terhadap sikap segelintir pihak dalam kancah bola sepak...

Nasional

Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini melawat Kem Kabota, Sabah bagi meninjau pelaksanaan inisiatif MADANI yang menfokuskan kepada kesejahteraan warga ATM...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd