Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Individu Label UiTM Sebagai ‘Aparthied’ Tidak Faham Sejarah – Naib Canselor

Universiti Teknologi MARA (UiTM) menyelar fahaman seorang individu yang mendakwa bahawa universiti tersebut sebagai sebuah akademi ‘apartheid’ sekali gus menyifatkan individu itu tidak memahami sejarah UiTM.

Menurut satu laporan Malaysia Gazette, Naib Canselor UiTM Prof Datuk Dr Shahrin Sahib @ Sahibuddin berkata, sistem pendidikan negara semakin mencapah sejak mencapai kemerdekaan.

Foto: Malaysia Gazette

“Saya boleh katakan peluang pendidikan hari ini lebih daripada apa yang masyarakat memerlukan, peluang pendidikan itu sangat luas jadi tak timbul orang yang dinafikan haknya.
“Tidak timbul label (menggelar UiTM akademi apartheid) tapi kalau orang mencari kesalahan dan kepincangan mana-mana sistem maka mereka akan berkata atas kefahamaman (sendiri),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas membentangkan kertas kerja Teknologi dan Media Sosial Dalam Membentuk Minda Madani sempena Konvensyen Madani Melaka di sebuah hotel di Ayer Keroh, Melaka hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Shahrin berkata, hal ini jelas dilihat apabila kerajaan telah membenarkan beberapa akta berkaitan pendidikan peringkat pengajian tinggi, iaitu Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555), Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 termasuklah Akta UiTM atau Akta 173.

Foto: Malaysiakini

“Jadi sebelum kita berkata-kata, pastikan kita faham dan mencari maklumat sebenar,” ujar beliau.

Malah, beliau turut memberitahu fungsi dan matlamat jelas UiTM ialah menjalinkan kerjasama di semua peringkat sehingga ke pelbagai syarikat multinasional dalam dan juga luar negara.

“Kami juga memberi pendedahan kepada semua mahasiswa kami tentang realiti masyarakat majmuk Malaysia hari ini dari kepelbagaian agama dan etnik yang perlu bekerjasama untuk menyumbang kepada negara.
“UiTM langsung tidak mendidik dari segi kefahaman pensyarahnya mahupun anak didiknya (mengenai diskriminasi) jauh sekali, tidak langsung tergambar,” tambahnya lagi.

Foto: Malaysiakini

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, terdapat seorang kolumnis menyatakan UiTM membawa amalan sistem aparteid, yang bermaksud sistem diskriminasi secara ras dan pengasingan kaum melalui penulisannya di sebuah portal berita dalam talian.

Untuk makluman, sistem Apartheid merupakan suatu dasar segregasi kaum yang memisahkan penduduk orang putih dengan orang kulit hitam (dianggap sebagai lebih rendah) di Afrika Selatan dari tahun 1948 sehingga tahun 1990-an.

Sumber: Malaysia Gazette (Reza A Hamid)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggeledah pejabat Tentera Darat di Kementerian Pertahanan (MINDEF) serta kediaman rasmi seorang pegawai kanan Tentera Darat, kelmarin, dalam siasatan...

Lokal

Satu lagi insiden membabitkan sebuah treler yang bergesel dengan kenderaan berlaku di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Jejantas Ayer Keroh, Alor Gajah, Melaka, semalam,...

Lokal

Seorangbekas menteri memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan menerima wang rasuah kira-kira RM5 juta serta sebuah kereta mewah jenis Lamborghini....

Lokal

Seorang wanita dipercayai pengasuh berusia 26 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes penderaan bayi di sebuah taska di Desa Petaling, selepas tiga laporan diterima...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd