Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Guru Wanita Jatuh Dari Tingkat 4 Sekolah Lepas Dengar Bisikan 4 Hari Berturut-Turut

Seorang guru wanita bertindak terjun dari tingkat empat bangunan sebuah sekolah jenis Kebangsaan (SJK) semalam selepas mendengar bisikan selama 4 hari berturut-turut.

Menerusi laporan dari Harian Metro, guru wanita berusia 28 tahun itu telah terjun dari tingkat tersebut sekitar jam 1 petang. Mujur tiada sebarang kemalangan jiwa direkodkan apabila dia hanya mengalami  luka, bengkak dan lebam pada bahagian muka selain calar di siku kiri.

Telah dikejarkan ke hospital

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, wanita terbabit dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, bagi menerima rawatan kecemasan.

“Saksi menyatakan melihat wanita berkenaan berada di tingkat empat sekolah dan berada di bahagian luar penghadang bangunan seperti ingin terjun.
“Saksi menyatakan terdapat seorang guru perempuan lain cuba memujuknya daripada terjun namun gagal,” katanya.

Memang ada sejarah pesakit psikiatri

Menurut saksi lagi, guru tersebut sebelum ini memang pernah menerima rawatan dan masih dalam pemantauan sebagai pesakit psikiatri di HTAA dan Hospital Universiti Islam Antarabangsa (IIUM).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Daripada maklumat diperoleh, wanita terbabit masih belum berkahwin dan kini bertugas sebagai pengajar di kelas pra di sekolah terbabit.

“Hasil temubual dengan mangsa yang berada dalam keadaan separa sedar menyatakan dia tidak tahu kejadian yang berlaku dan hanya mendengar suara halus dalam tempoh empat hari berturut-turut supaya terjun dari bangunan sekolah.
“Dia juga menyatakan tidak tahu bagaimana boleh berada di Zon Merah HTAA,” katanya.

Wan Mohd Zahari juga mencadangkan agar kes dirujuk kepada pihak HTAA memandangkan mangsa adalah pesakit psikiatri di hospital tersebut dan masih lagi dalam pemantauan.

Sumber: Harian Metro (Khairulmizan Yahya)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Abdul Rahman Amir Ruddin, 21, atau Aman, anak sulung pasangan yang terkorban dalam tragedi kemalangan maut meragut enam nyawa di Kilometer 5, Jalan Segamat–Kuantan...

Sosial

Doktor dan pempengaruh media sosial, Dr. Malar Santhi Santherasegapan tampil memohon maaf secara terbuka susulan kontroversi kenyataannya yang didakwa merendahkan individu berkelulusan Sijil Pelajaran...

Lokal

Penemuan seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di belakang sebuah rumah di Kampung Alor Lintang, Kampung Raja pada Ahad lalu membawa kepada pendedahan kes sumbang...

Sosial

Pempengaruh dan usahawan, Faiz Soul mengajak semua pihak untuk ‘move on’ susulan video permohonan maaf Dr. Malar Santhi Santherasegapan berhubung kontroversi kenyataan melibatkan isu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd