Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Guru Meninggal Dunia Selepas Motosikal Terlanggar Lopak Jalan

Seorang guru tadika di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) meninggal dunia selepas motosikal yang ditunggangnya terlanggar lopak jalan di Gapam-Bemban, Jasin pada Isnin.

Memetik laporan Sinar Harian, mangsa Siti Sarah Mohamed Nuwawi disahkan meninggal dunia semasa dirawat di Unit kecemasan Hospital Melaka.

Foto: FB Amirah Mutalib

Difahamkan, insiden yang berlaku sekitar 11.20 pagi telah menyebabkan wanita yang berusia 32 tahun itu mengalami kecederaan parah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Ahmad Jamil Radzi berkata, pemeriksaan awal mendapati insiden terbabit berlaku ketika mangsa menunggang motorsikal jenis Sym untuk menuju ke Gapam.

“Setiba di lokasi, mangsa yang beralamat di Taman Ayer Keroh Height dipercayai terlanggar kawasan yang tidak rata kerana terdapat kerosakan di permukaan jalan, menyebabkan mangsa terbabas lalu terjatuh,” katanya pada Selasa.

Beliau menjelaskan mangsa yang menghembuskan nafas terakhir semasa dirawat di Hospital Melaka kira-kira jam 4.20 petang itu dipercayai mengalami kecederaan parah di bahagian kepalanya.

https://www.facebook.com/ikbmcrew/posts/pfbid0K2bwn9X9XHhFpCyWbtYK9kFbvhK9fBTE9fKQmQHFc3YLAbaBMhmzcREaoMiKHw9cl

Susulan itu, Ahmad Jamil menyeru saksi kemalangan tersebut untuk memberi kerjasama dengan pihak berkuasa menjalankan siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Sinar Harian (Nor Farhana Yaacob)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nadhirah Suhaimi
Written By Nadhirah Suhaimi

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tular di media sosial, seorang wanita membuat teguran secara terbuka terhadap pasangan yang didakwa sebagai kekasih di sebuah restoran makanan ringan di Setiawangsa. Menerusi...

Lokal

Tular di media sosial apabila seorang suami terkejut mendakwa terpaksa berkongsi kasih dengan lelaki lain apabila mengetahui dirinya telah dimadukan. Kejadian yang berlaku di...

Sosial

Seorang wanita tidak menyangka suami yang pernah menyambut kelahiran enam daripada tujuh orang anak mereka sendiri tergamak berlaku curang dan mengkhianati kepercayaan yang diberi....

Sosial

Cikgu E atau nama sebenarnya, Nassry Mardee Bin Ismail dikhabarkan telah meninggal dunia sebentar tadi. Telah menghembuskan nafas terakhir Perkara itu dinyatakan menerusi akaun...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd